Komputerku Kini Menggunakan Windows 7
Hampir 3 hari mencuba memuat-turun [ download ] Windows 7 yang dilancarkan dalam versi beta secara rasminya pada 9 Januari 2009 kini komputer saya menggunakan Windows 7. Ia dihadkan kepada 2.5 juta orang pertama sahaja untuk memuat-turun pada mulanya. Disebabkan terlalu ramai pengguna komputer seluruh dunia ingin mencuba ilmu baru ini, maka pihak Microsoft telah mengambil keputusan membatalkan had untuk memuat-turun Windows 7 kepada unlimited sehingga 24 Januari 2009. Anda masih boleh memuat-turun Versi beta ini sekiranya anda berminat untuk mencubanya.
Windows 7 versi beta build 7000, ia dilancarkan untuk mengenalpasti masalah – masalah yang ada. Masih lagi banyak kelemahan – kelemahan yang mungkin wujud pada Windows baru ini, dan Microsoft menunggu reaksi pengguna – pengguna yang mencubanya. Kepada anda yang ingin mencuba, saya nasihatkan install pada komputer yang bukan komputer utama anda.
Anda boleh melayari laman web rasmi Windows 7
http://www.microsoft.com/windows/windows-7/default.aspx
Untuk memuat-turun
http://www.microsoft.com/windows/windows-7/beta-download.aspx
Speksifikasi yang diperlukan :
• 1 GHz 32-bit or 64-bit processor
• 1 GB of system memory
• 16 GB of available disk space
• Support for DirectX 9 graphics with 128 MB memory
( to enable the Aero theme )
• DVD-R/W Drive
• Internet access ( to download the Beta and get updates )
Windows 7 ini menyediakan 32-bit dalam 5 versi bahasa : English, German, Japanese, Hindi dan Arabic, dan 64-bit 4 versi bahasa : English, German, Japanese dan Arabic. Versi beta ini akan tamat pada 1 Ogos 2009, pastikan anda bersedia untuk kembali kepada Windows lama anda.








5 Responses to “Komputerku Kini Menggunakan Windows 7”
x sangka window dah lunch version beta untk win7. hrp2 os ni lbh ringan dpd vista dan lbh user friendly
Kira masih jadik bahan eksperimen r nie…. aq tunggu dah ok baru aku layan
Waaa….cun harap2 apa yg dikatakan oleh wanake tuu…huhu lebih ringan dr vista..
how about activation….?
salam… klu upgrade pg wndows 7, cmna nak cari drivernya pula? ytutama bg compaq presario v3000 nih…. balas kat email sy ok
mmm..taskbar win7 ni beso…lagi smart guna window xp pro… =)