Tips Memastikan RAM benar-benar Rosak
Dah lama rasanya nak berkongsi tips nie bersama anda.. Tips nie boleh diguna, sebab saya pernah mencubanya. Sebelum anda hendak tukar atau beli RAM baru selepas disahkan RAM [Random Access Memory] komputer anda rosak, anda boleh gunakan tips nie..
.. Ilmu nie, cuba jangan tak cuba
Selama saya berkecimpung dalam bidang komputer + repair komputer, perkakasan yang susah rosak bagi saya adalah RAM.. Jadi sebelum anda pergi kedai tukar RAM baru, pastikan dahulu bahawa RAM anda benar-benar rosak.. Caranya :- mudah saja….
1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM , apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul…Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna…
2. Cabut RAM anda
Banyak komputer saya dah cuba bagi tips ni,
.. Cabut RAM anda daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang putih tu, masa zaman belajar dulu]
, raba atau gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering… Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.
3. Berus Slot RAM
Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat, berus cat yang mahal ker?.. tak kisahlah yang penting [berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya].
. proses nie bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut.. Anda boleh baca post saya tentang Tip Penjagaan Persekitaran Komputer..
4. Pasang semula RAM anda
Anda boleh pasang semula RAM anda, jika ada masalah lagi..barulah confirm RAM anda rosak.
-cuba dulu tips nie sebab banyak komputer saya baiki, pelanggan cakap RAM rosak.. Tapi hakikatnya banyak habuk yang melekat.
-jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
-anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card..






12 Responses to “Tips Memastikan RAM benar-benar Rosak”
tks pak_aen
. Sebelum ni memang ktom dah kena. pi kedai, dia org cakap RAM rosak. so ganti ler dgn yg baru..dan yg lama tu bagi kat kedai tu (agak2nya dia godeh2 atau baiki dan jual RAM ktom yg lama tu?)..Tak tahu lah..hanya Allah yg tahu…
dlm bisnes ni..walau apa pun kita kena disiplinkan diri kita dgn kejujuran utk memancing ” loyal customer “. Jika tidak org akan lari pi beli atau baiki kat kedai lain. Pernah satu ketika cdrom dan cd writer ktom rosak. (tak sure pulak rosak sbb anak yg cakap )..So pi kedai..dia cadangkan tukar cd writer je. so tukar ler..nasib baik tak tukar cd rom tu. sebab bila balik…ktom tersilap masukkan cd ke cdrom ( yg sebelum ni dikatakan rosak ). Tiba2 jalan pulan dia.
Itulah kalau tak ada ilmu…jd kita kena carilah apa2 ilmu yg memberi manafaat kpd kita. Rasanya.. byk maklumat dan informasi serta ilmu yg ktom dapat dr blog ni. Syabas pak_aen.
tips yg baik.
selama ini, terasa kerugian juga kerana tiada ilmu pc ni.
rosak sikit saja, hantar kedai pc.
begitu juga dgn kereta, rosak sikit saja hantar mekanik.
jika blog ini, dah dipenuhi dgn ilmu pc, kan best.
saya yakin, anda akan senantiasa updatenya.
ops, bila nak buat ebook pasal pc ni?
Assalamualaikum pak_aen,
Tips yang baik. Satu lagi, masa nak gosok tu, saya cadang gunakan pemadam getah (eraser). Itu juga antara cara yang biasa saya guna dulu. (dulu lah…)
Satu lagi, tips songsang – calar atau patahkan RAM tersebut (Ianya pasti akan benar2 merosakkan RAM anda) Hehe.. jgn marah aa..
Kadang-kadang cuma buka Ram tu kemudian pasang balik pun dah ok tapi idea guna pemadam tu memang baik sebab mudah didapati oleh sesiapa saja berbanding ‘contact cleaner’ yang biasa digunakan oleh kebanyakan juruteknik komputer.
saya pena cube care ni…kadang2 ram leh pakai n kadang2 ram tak leh nak pakai ler…
lagi satu nak tanyer kalo ram jenis yang berlainan leh gune ker..ape orang cakap sistem kapitalis…
sy nak tahu sume ttg perisian komputer
i want to knom abaout
1.what is RAM
2.What is ROM
gud ..
Great article. Thanks for the great resource.
saya nak tanya…komputer saya selalu hang.
kalau nak install,hang.
buka perisian, hang.
adakah puncanya kerana harddisk saya 320gb dan memory ram cuma 1gb?
adakah punca komputer saya ni hang kerana memory ram yang kecil,tidak sesuai dengan harddisk?
atau ada sebab lain? harap dapat di jawab
HI,
Thanks for the tips.