Perkakasan Perlukan Driver

Ditulis Pada August 19, 2008 – 10:37 am | Oleh pak_aen | 2,690 views

Pemacu peranti atau pemacu perisian [ device driver ] ialah satu program [ sejenis perisian ] dimana ia mempunyai kuasa untuk mengawal komponen atau perkakasan yang dihubungkan pada komputer anda..Driver ini digunakan oleh sistem operasi untuk membolehkannya berkomunikasi dengan peranti – peranti seperti [ pencetak, pengimbas, kad bunyi ] dimana driver itu dibuat khusus untuk peranti – peranti tersebut…Peranti yang disambungkan kepada komputer selalunya telah dibuat khas, oleh sebab itu Windows  tidak dapat berhubung terus dengan peranti tersebut tanpa suatu program yang dapat memberitahu bagaimana peranti itu hendak berfungsi..Peranti input/output seperti tetikus, monitor, papan kekunci semuanya mempunyai “device driver” yang berasingan…Korang jgn lak gi install driver pencetak untuk pengimbas..memang tak jalan lah korang punya pencetak tu…

Device driver ini boleh dikategorikan seperti penterjemah diantara peranti dan program yang menggunakan peranti tersebut…Ia ditugaskan mengawal dan menukarkan data pemprosesan dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan peranti sokongan…Melalui teknologi Plug and Play, sistem operasi mengesan peranti baru secara automatik. Ia membantu pengguna memasang driver yang sesuai dan juga memeriksa konflik dengan peranti lain..

Device driver itu Perisian?

Device driver boleh dikategorikan sebagai perisian…Perisian terbahagi kepada 3 bahagian penting mengikut beberapa kategori berdasarkan fungsi, jenis tujuan..Ia terbahagi kepada Perisian Aplikasi [ Applications software ], Perisian sistem [ System Software ] dan Pemacu perisian [ Device Driver ]…

Windows dilengkapi beribu2 device driver yang terkandung di dalam sistem operasi ni…Ia memudahkan pengguna untuk menggunakan perkakasan secara langsung dengan pemasangan automatik melalui teknologi plug and play…Tetapi tidak semua driver disediakan oleh sistem operasi windows ni..Windows tidak menyediakan driver bagi perkakasan yang lebih maju dan canggih atau perkakasan pada masa akan datang… Ia akan disediakan syarikat pengeluar bagi peranti itu sendiri..Kebanyakkan peranti seperti kad video, kad bunyi mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri yang disediakan oleh syarikat pengeluarnya… Lazimnya, apabila korang membeli sesuatu peranti, pihak pembuat akan membekalkan driver bersama pakej jualannya bagi memudahkan proses pemasangan…Ia selalunya di sertakan dalam bentuk CD-ROM atau disket….

‘Update’ lah Driver Peranti Anda

Driver peranti merupakan sebuah perisian aturcara…jadi tak mustahil wujudnya ralat yang boleh menyebabkan prestasi sesebuah peranti itu terjejas atau ia mengakibatkannya gagal berfungsi..Namun, pihak pembuat peranti komputer mengeluarkan driver versi baru bertujuan menanangi masalah itu seperti memperbaiki “bug”, menambah baikkan lagi dari segi prestasi perkakasan tersebut,  menambah kemantapan pada komputer anda atau menambah ciri baru…Apabila versi baru driver2 ini di keluarkan anda disarankan supaya mengemaskini driver anda supaya memperoleh kelebihan2 bg perubahan2 yang dibuat.

Apabila driver baru dikeluarkan mereka menyediakan 2  cara bagi mengemaskini driver anda…Bagi cara pertama dimana anda boleh menggunakan program atau perisian  dimana  ia akan mengemaskini secara automatik..Bagi cara kedua secara manual dimana anda mencari versi terbaru bagi driver tersebuat, kemudian ‘download’ driver tersebut…

Blog Widget by LinkWithin

Bookmark Artikel Ini

  • BlinkList
  • co.mments
  • NewsVine
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Furl
  • PDF
  • Reddit
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Technorati
  • StumbleUpon
Sekiranya Anda Minat Pada Artikel Nie, Pastikan Anda Melanggan RSS secara Percuma...  Subscribe in a reader
  1. 8 Responses to “Perkakasan Perlukan Driver”

  2. By nun on Dec 24, 2008 | Reply

    DRIVER FOR COMPAQ PRESARIO V3630TU SALAM,BOLEH TAK SAPA2 YG. BERMURAH HATI UPLOADKAN 1.NETWORK ADAPTER 2.ETHERNET CONTROLLER 3. VGA COMPATIBLE 4.VIDEO CONTROLLER 5.SM BUS CONTROLLER 6.BASE SYSTEM DEVICE


  3. By angah on Apr 5, 2009 | Reply

    boleh x gitahu saya jenis-jenis os


  4. By fakhrul on Jun 10, 2009 | Reply

    mcm mn nk update driver?
    driver ade kt mn?


  5. By budi on Oct 14, 2009 | Reply

    salam…sy ad mslh ler…
    nape LAN kt kmputer, statusnya limited or no connectivity? tapi streamyx masih leh berfungsi???

    ok ke x ok cm 2?

    bley x reply kt email sy??? please??? bersulam@yahoo.com


  6. By budi on Oct 14, 2009 | Reply

    sy ada terbaca pasl bckup driver & dh cube…
    tp kn…kalu dh bckup…pastu formt kompter…nk wtpe dgn file bckup 2? sbb xda icon setup pn???
    cmne ye? ingt nk formt je komptr ni


  1. 3 Trackback(s)

  2. Sep 29, 2008: Ilmu Komputer, Perkakasan, Perisian, Internet » Blog Archive » Blue Screen of Death [ BSoD ]
  3. Sep 8, 2009: Ilmu Komputer, Perkakasan, Perisian, Internet » Blog Archive » Backup Driver Perkakasan Dahulu Sebelum Format Komputer. 3 Perisian Membantu Anda Backup Driver Pada Windows
  4. Oct 6, 2009: Backup Driver Perkakasan Dahulu Sebelum Format Komputer « Faozika Blog

Post a Comment

Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :