UnInstall AntiVirus AVAST Dan AVG

Ditulis Pada September 7, 2009 – 12:15 am | Oleh pak_aen | 919 views

avast-antiviruspng-1Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Macam mana nak buang atau Uninstall AntiVirus Avast Dan Avg. Ini menjadi persoalan beberapa peminat blog ini, MENGAPA INI SEMUA BERLAKU ?.. Di sini saya akan berkongsi ilmu komputer, Bagaimana Hendak Buang atau Uninstall Avast dan Avg ini.

Selalunya memang susah untuk Uninstall Avast menggunakan cara ADD/REMOVE PROGRAMS di dalam fungsi Control Panel.. Sesetengah pengguna boleh membuangnya menggunakan Utiliti ini, tapi ada juga terpaksa menggunakan cara lain untuk membuangnya. Cara lain ialah dengan menggunakan utiliti aswClear.exe.

Bagaimana untuk Uninstall Avast menggunakan aswClear.exe :

avast uninstall

  1. Muat Turun atau Sedut aswClear.exe ke komputer anda.
  2. Buka Windows anda dalam keadaan Safe Mode.
  3. Buka utiliti aswClear.exe tadi.
  4. Pilih produk yang hendak dibuang.
  5. Sekiranya anda memasang avast pada folder yang berasingan, sila pilih folder program tersebut. Jangan tersalah pilih kerana isi di dalam folder yang anda pilih, akan dibuang.
  6. Klik butang uninstall.
  7. Restart komputer anda.

AVG LOGO_3D_4 flags_FINAL_lens lettersUntuk Uninstall antivirus AVG lak, kita gunakan avgremover.exe. Utiliti AVG Remover akan membuang semua komponen – komponen antivirus AVG ini semasa pemasangan AVG pada komputer anda dahulu. Ia termasuk juga registry item, dan fail – fail pengguna yang berkaitan di dalam cakera.

AVG Remover ini di antara pilihan yang perlu anda gunakan sekiranya proses pembuang atau membaiki AVG gagal beberapa kali. Semasa menggunakan AVG Remover, ia akan meminta anda restart komputer anda. Pastikan anda siap melakukan kerja anda dan menyimpan data semasa AVG Remover dijalankan.

Bagaimana untuk Uninstall AVG menggunakan avgremover.exe :

  1. Muat Turun atau sedut avgremover.exe ke komputer anda.
  2. Run avgremover tersebut.
  3. Pastikan semua aplikasi yang sedang anda gunakan ditutup.
  4. Tunggu hingga proses selesai.

Capture3

Adakah anda mempunyai cara lain untuk membuang / Uninstall antivirus ini ?

Blog Widget by LinkWithin

Bookmark Artikel Ini

  • BlinkList
  • co.mments
  • NewsVine
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Furl
  • PDF
  • Reddit
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Technorati
  • StumbleUpon
Sekiranya Anda Minat Pada Artikel Nie, Pastikan Anda Melanggan RSS secara Percuma...  Subscribe in a reader

Post a Comment

Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :