Tetikus Ohhhhh Tetikus
Salam Sejahtera, Apa kabar?…. Dah lama rasanya tak dapat menulis di blog nie.. Mana menghilang ?, mengembara kot…
… Masalah kesihatan yang membuatkan saya tidak dapat mengupdate blog ni.. Alhamdulillah buat masa nie, kesihatan saya semakin pulih.. Saya bersyukur kepada Allah, diberi nikmat kesihatan kembali.. “ Tanpa Kesakitan, Takkan Ada Nikmat Kesihatan “ . Oklah, terima kasih kepada semua pengujung blog azumass.com nie yang datang menyinggah ..Yang antar e-mail tanya kabar pun, ribuan terima kasih..
Berbalik kepada tajuklah, Tetikus Ohhhh Tetikus, Tetikus dah sampai hujung meja, kursor kat monitor tak gerak2… Puas rasanya mengodek tikus nie, cabut pasang..rasa nak buang pun ada…he333..Nak buang sayang lak, baru beli… Akhirnya terlerai gak hampir 30 minit menggodek tetikus rakan saya nie… Anda tahu problem nya ?… Mesti tak tahu sbb saya je yang tahu….
PIN SAMBUNGAN TETIKUS DAH BENGKOK
Sekiranya anda mempunyai masalah macam saya, anda boleh tengok Pin pada sambungan tetikus anda… PIN yang bengkok atau PIN yang patah boleh menyebabkan tetikus anda tidak berfungsi… Ini hanya bagi tetikus berkepala PS/2 sahaja..Yang guna USB, saya rasa tak der masalah…
Langkah – langkah
Matikan Komputer anda untuk langkah keselamatan
Cabut atau tanggalkan penyambung tetikus anda seperti gambarrajah yang tertera..[ Penyambung tetikus selalunya berwarna hijau ]

Check pin – pin pada penyambung tetikus, pastikan semuanya seperti gambarajah
6 pin dan 1 Pin hitam ditengah

Sekiranya terdapat Pin yang bengkok, perbaiki dengan lemah lembut … susun mengikut pada gambarajah.. [ Hati2 meluruskan Pin tu, sebab tolak kuat2 boleh menyebabkan Pin patah ]
Sekiranya tak cukup Pin, silalah kekedai membeli baru…
Akhir sekali, cucuk balik penyambung tetikus.. Hidupkan kembali komputer anda.. Insya’Allah kembali ok…
Macam mana boleh berlaku, mungkin disebabkan kita tertarik terlampau kuat.. Sesetengah pejabat letak PC kat bawah meja, kaki kat bawah layan MP3, tahu2 tersepak penyambung tetikus tu.
* [ Kepada pembeli yang ingin membeli tetikus baru, sila pastikan tetikus anda cukup Pin sebelum anda pulang ke rumah ]…
Artikel Berkaitan :Kenapa perlu kenal komputer & Kuasai Perniagaan Internet? Kemajuan komputer seiring dan sejalan dengan Perniagaan Internet Dalam era kemajuan Perniagaan...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera....Akhirnya saya berjaya juga membuat satu blog pada penghujung tahun 2006..Seronok gak rasanya..Tetapi saya masih dalam pembelajaran.....
Kekadang kalau kita tidak tahu ilmu komputer, susah jugak. Apa-apa bidang yang diceburi kalau tak tahu tentang komputer, perkakasan, perisian...
Sudah 2 hari tak update blog nie, bukan apa ada masalah dengan komputer saya. Apa masalahnya? :). Saya belajar sesuatu...
Buku manual bagi saya amat penting dalam sesuatu perkara sebagai rujukan awal.. Kalau anda hendak menceburkan diri dalam bidang repair...



















3 Responses to “Tetikus Ohhhhh Tetikus”
By Budi Santoso on Jan 2, 2008 | Reply
thank buanget ya ….aku jadi ngerti ni….
tapi klo dah patah jadi musti ganti ya…
pa gak da cara lain ni kiranya…???
thank ya….
By ruric on Jan 9, 2008 | Reply
mksiiie.. BNget dri sini saiia bSa dpt infoRmasi
bWad bQn tgaZz..!!
By RuRiC die BaLi duN.. on Jan 9, 2008 | Reply
iNfona..
ngEdukuNg bNgeD UnTUK BwAd tGaS..!!!”
JDE..GAG UsAh sUsah2 Lge muter2 bwaD nyari bAhan uNtUk tgaz..!!”
ngebaNtuuuu…
bNgEd..!!”