Pelancaran Vista di Malaysia
Tahukah anda pelancaran Sistem Operasi terkini dari Microsoft iaitu Windows Vista. Microsoft akan melancarkan 2 produknya yang terkini iaitu Windows Vista dan Office 2007 di Malaysia. Bagi pengguna awam seperti saya & anda pelancarannya pada 3 & 4 Febuari yang akan diadakan di Low Yatt Plaza , Kuala Lumpur. Sudahkah anda bersedia menukar kepada sistem operasi Vista ini?.
.Anda boleh rujuk aktiviti2 yang akan diadakan pada hari tu, Event Information
Sebenarnya banyak dah jual kat kedai Windows Vista ni, tapi paham2 lah yer…:wink: ..Sebelum anda hendak bertukar kepada sistem operasi Windows Vista ini, anda kena uji speksifikasi perkakasan atau perisian komputer anda kerana Windows Vista ini hanya menyokong perkakasan & perisian terkini.. Anda boleh cuba samada komputer anda mampu untuk sokong Windows Vista ini guna Windows Vista Upgrade Advisor





