Langkah Mudah Tukar Bateri CMOS, Syiling 20sen

Ditulis Pada February 23, 2007 – 12:20 am | Oleh pak_aen | 1,341 views

Ada beberapa Langkah mudah tukar bateri CMOS

1. Matikan [suis off] semua plug komputer
Kalau anda masih baru dalam ilmu nie, saya nasihatkan supaya suis off , tanggalkan kabel pada power supply dan biarkan dalam masa 5 minit. [macam rancangan memasak lak]. :) Tujuan sebenarnya bagi memastikan tiada aliran elektrik pada komputer. Keselamatan harus dijaga. :wink:

2. Ketahui lokasi kedudukan bateri
Sebelum post nie: Pentingnya Buku Manual, saya minta anda membaca buku manual motherboard anda. Didalam buku manual anda terdapat gambarajah motherboard, cari lokasi kedudukan bateri pada motheboard anda.. Anda boleh cari terus kat motherboard anda, tapi dengan ada manual ia memudahkan lagi anda mencari.. Sekiranya anda kurang pasti atau tidak menjumpai kedudukan bateri, anda boleh telepon syarikat pengeluar motherboard anda.

3. Catatkan maklumat bateri
Setelah anda mengetahui lokasi bateri, tanggalkan bateri tersebut dari lokasinya.. Kemudian catatkan maklumat mengenai bateri anda seperti [pengeluar, Voltan]. Maklumat bateri selalunya terletak pada kepala bateri. Cara tanggalkan bateri seperti :

4. Tukarkan dengan yang baru
Anda boleh dapatkan bateri, di kedai jam berdekatan rumah anda. Harganya sekitar RM6 – RM12. Untuk langkah nie pastikan anda masukkan bateri dengan betul mengikut positif & negatif bateri. [ingat kedudukan masa anda keluarkan bateri]. Ini penting, kerana kalau anda tersalah letak, boleh berkemungkinan litar pintas pada motheboard. Rujuk gambar seperti di bawah :

5. Pasang balik plug
Siap semuanya langkah di atas, anda boleh pasang balik kabel – kabel, kemudian suis on kembali komputer anda. Masuk CMOS, setting semula CMOS anda seperti jam, masa dan tarikh.

note : tidak semua bateri anda boleh tanggalkan, langkah ni untuk bateri yang berbentuk syiling 20 sen. :) . Kebanyakkan komputer sekarang menggunakan bateri jenis ini… Mudah tak? jimat tak ? :wink:

Blog Widget by LinkWithin

Bookmark Artikel Ini

  • BlinkList
  • co.mments
  • NewsVine
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Furl
  • PDF
  • Reddit
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Technorati
  • StumbleUpon
Sekiranya Anda Minat Pada Artikel Nie, Pastikan Anda Melanggan RSS secara Percuma...  Subscribe in a reader
  1. 6 Responses to “Langkah Mudah Tukar Bateri CMOS, Syiling 20sen”

  2. By aku on Feb 23, 2007 | Reply

    good info, bro..

    gua bookmark ;)


  3. By ktom on Feb 23, 2007 | Reply

    Terima kasih kerana memberi info ni….
    Pak Aen, nak tanya ni…kalau jam kat komputer kita ni kerapkali berubah time, adakah ianya sebab bateri jugak?


  4. By cikgu azleen (Tokei Jamu) on Feb 24, 2007 | Reply

    hmmm.. dulu masa beli komputer ni.. awal-awallah.. selalu turn off sendiri.. maknanya tak buleh pakai lama-lama.. kadang-kadang baru start dan off atau restart semula.. callah supplier tuh suh dia datang betulkan.. masa tu saya dok KL dan supplier tuh dari JB.. hehehehe..

    leceh sangat nak suh dia datang. saya betulkan sendiri.. suspect memang cmos baterilah.. ntah camne ekk.. tapi masa tuh pak aen tak buat lagi blog ni.. kalau tak sure saya dah betulkan sendiri..

    balik citer tadi.. punyelah tensen psl on komputer, dia off.. on off on off.. adalah dekat setahun kot masalah tuh baru jumpa apa kesnya..

    rupanya masalah tuh kat keyboard ni ha.. button sleep dia rosak.. bawah button tuh kan ada plastik/ getah alas dia.. agaknya keyboard yang saya dapat ni patutnya rejek punye.. so plastik tuh dah terkelepet.. dan menyebabkan kalau keyboard ni bergoyang jer dia pun SLEEP..

    Penyelesaian: cabut jer plastik tuh dan buang.. after all bukan pernah pakaipun key SLEEP tuh.. :D


  5. By Imo Imora on Mar 5, 2007 | Reply

    Hu2.. Pak Ean lama x update blog ni? :)


  6. By adzos on May 8, 2007 | Reply

    laptop tak leh nak taip. sebab ape. mula2 dulu ada error mesaage keluar bila nak guna ms words “words detected that you are holding down the CTRL key” pas tu x leh nak guna keyboard, tekan lain keluar lain atau x de apa2 keluar. dah cuba cucuk keyborad lain tapi cam tu gak. cam ne nak solve mslh ni haa??


  7. By RutledgeBrianna33 on Mar 15, 2010 | Reply

    I propose not to hold back until you earn enough cash to buy goods! You should get the home loans or term loan and feel yourself free


Post a Comment

Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :