Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ?

Ditulis Pada January 12, 2009 – 12:01 am | Oleh pak_aen | 3,956 views

deleted-file-recoveryBagaimana hendak mendapatkan kembali fail selepas fail dipadam dan setelah mengkosongkan tong sampah [ recycle bin ]. Mungkin anda juga pernah terpikir untuk mengembalikan fail kerja yang terpadam secara sengaja atau tak sengaja. Kebanyakkan pengguna komputer beranggapan, memadam fail bermakna fail itu hilang atau fail itu tidak akan dipaparkan lagi. Anggapan anda itu mungkin salah..

Secara teknikalnya, fail yang anda delete tidak pergi kemana – mana pun. Ia masih lagi berada di dalam komputer anda. Didalam cakera keras [ hard disk ] anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT [ File Allocation Table ] dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda.

Apabila anda memadam sebuah fail, ia tidak bermakna data terus hilang. Sebenarnya fail yang dipadam tadi hanyalah dipadam daripada isi kandungan sahaja cuma ia tidak dapat diakses. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila fail dipadam, Windows akan mengenal pasti ruang fail yang dipadam tadi tersedia untuk kemasukkan fail / data atau maklumat baru. Fail yang dipadam tadi akan bertahan sehinggalah fail / data baru ditulis pada ruang yang sama dengan fail lama yang telah dipadam.

Contohnya saya bagi gambaran…
Sebuah buku, apabila anda padam BAB 1 pada isi kandungan, anda masih lagi dapat mencari dimana muka surat BAB 1, tetapi dengan cara susah  menyelak setiap helaian muka surat. Apabila anda padam BAB 1, dan anda gantikan BAB 2 pastlah BAB 1 tu akan hilang dan anda tidak akan jumpa mukasurat BAB 1 tu kerana telah digantikan dengan BAB 2.

Berbalik pada fail dalam komputer, apabila anda terpadam fail, tidak mustahil untuk anda mendapatkannya kembali dengan menggunakan perisian – perisian yang boleh mengembalikan fail itu tersebut. Tetapi ia bergantung kepada berapa lama fail anda itu berada dalam hard disk. Sekiranya  anda terpadam fail, kemudian anda telah mencipta satu fail baru, kebarangkalian untuk anda mendapatkan fail itu yang lama itu agak tipis kerana ruang yang lama adalah untuk fail yang baru. Tetapi kalau hard disk anda tersedia banyak ruang untuk fail baru, anda mungkin dapat mengembalikan fail yang terpadam tadi.

Blog Widget by LinkWithin

Bookmark Artikel Ini

  • BlinkList
  • co.mments
  • NewsVine
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Furl
  • PDF
  • Reddit
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Technorati
  • StumbleUpon
Sekiranya Anda Minat Pada Artikel Nie, Pastikan Anda Melanggan RSS secara Percuma...  Subscribe in a reader
  1. 8 Responses to “Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ?”

  2. By cheeris on Jan 14, 2009 | Reply

    “apabila anda terpadam fail, tidak mustahil untuk anda mendapatkannya kembali dengan menggunakan perisian – perisian yang boleh mengembalikan fail itu tersebut”

    perisian apa??


  3. By safina on Mar 12, 2009 | Reply

    leh tak terangkan skit perisian pa yg dapat kembalikan fail yg dah dpadam 2…

    klu tahu cara leh sy try…
    hehehe…


  4. By kerry on Mar 29, 2009 | Reply

    yer2.. saya stuju.. hihi


  5. By pejuang agama on May 1, 2009 | Reply

    apabila file2 yang telah di delete,tidak mustahil untuk kembalikan semula. pernah suatu ketika sy terfiki,yang ni kamera digital saya yang sy gunakan untuk tangkap gambar pengantin. banyak gambar2 diambil kemudian dengan tidak sengaja gambar2 tu terdelete, so memang tension giler tuan empunya gambar.sy search internet x jumpa,last2 sekali baru sy dapati ada satu perisian yang kita boleh download dari internet free untuk restore balik gambar2 yang terdelete tu,sy cb install dan restore balik,alangkah terkejutnya saya bila gambar tadi dapat dikembalikan.sy cb jugak dgn external hardisk yang sy dah delete file2,sy retore balik,jugak dapat dikembalikan.nama software yang sy maksudkan ialah pc inspector.ada masalah boleh emailkan pada saya di syabab09@yahoo.com.”sampaikan daripada ku walaupun satu ayat”.sebar2kanlah ilmu nescaya tuhan akan tambahkan ilmu kamu.


  6. By zaleha on Jul 16, 2009 | Reply

    npe ek klu sya men gme tau wt keje kt word, kmptr sya tibe2 pdam dgn sndrinya..


  7. By shaqei on Aug 12, 2009 | Reply

    ade byk sopware utk rekaber balik data dah delete/format…

    taip jer kat pakcik google tu, ade la naik nnt, cm recuva tu.

    yg free2 nie kdg2 x power sgt recovery die.kene rajin mencuba gak ler…

    aku gune yg komersial punyer dari seagate..
    mmg sedap gak la gune..terformat hard disk dlu..
    nasbla dpt blk data..


  8. By sri on Mar 22, 2010 | Reply

    guna jak perisian “Undeleteplus”..
    xpn..
    blh jg gn “Get Data Back”..


  1. 1 Trackback(s)

  2. May 3, 2009: Ilmu Komputer, Perkakasan, Perisian, Internet » Blog Archive » 3 Perisian Mengembalikan Fail Yang Terpadam

Post a Comment

Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :