CMOS Checksum Error, Komputer ada bateri ker?
Kekadang kalau kita tidak tahu ilmu komputer, susah jugak. Apa-apa bidang yang diceburi kalau tak tahu tentang komputer, perkakasan, perisian memang jadi masalah.. Bagi anda yang hendak menceburi bidang perniagaan internet & menjadi usahawan internet, anda perlu tahu [wajib tahu] perkara asas tentang komputer. ![]()
Oklah, balik kepada tajuk kita… baca dialog diantara En. A & pak_aen dibawah.. siapa pak_aen?
En. A: Komputer aku CMOS Chesksum Error, apa nak buat?
pak_aen : Ko tukar je batteri baru ….
En. A: Komputer ada bateri ker ?
Untuk pengetahuan En. A dan anda, komputer mempunyai sebiji bateri. Bateri itu terletak pada papan induk [ motherboard ]. Ia sebesar duit syling 20 sen. Ia adalah satu perkakasan komputer juga.
Bateri ini merujuk kepada 2 tujuan kegunaannya…
1. Untuk membekalkan konfigurasi ingatan [ CMOS ].
2. Untuk membekalkan jam & masa pada komputer [ menunjukkan tarikh dan masa ].

Tak semestinya bila Cmos Checksum Error, batteri anda perlu tukar baru… Ada faktor lain yang menyebabkan mesej ralat CMOS Checksum Error dipaparkan, cuma untuk post nie saya nak tekankan mengenai bateri dahulu..
Bagaimana kita nak tahu Bateri kita kena tukar….
1. Apabila anda on PC anda, mesej ralat CMOS Checksum Error akan dipaparkan.
2. Anda masuk pada CMOS setup, dan anda setting masa & tarikh pada CMOS anda mengikut tarikh semasa.
3. Setelah selesai setting, pastikan anda save & exit CMOS tersebut.
4. Tutup suis komputer anda, dan ON kan semula.
5. Sekiranya mesej ralat tersebut masih keluar, masuk kembali CMOS dan tengok setting masa & tarikh anda tadi.
6. Jika didapati masa & tarikh setting berubah, maka wajiblah anda tukar Bateri baru…
Ada juga mesej ralat lain, yang memberitahu supaya anda tukar bateri
1. CMOS Battery State Low
2. CMOS System Options Not Set
3. CMOS Time And Date Not Set
Cara Menukar Bateri
Cara menukar battery ni, mudah je… Kalau anda hantar kedai, kena harga mahal tau, sedangkan anda boleh tukar sendiri dengan beli bateri harga RM12 jer..
Percaya??? nak tahu langkah mudah tukar batteri ikuti perkembangan blog nie, post hari Jumaat :Tips Langkah Mudah Tukar Bateri






12 Responses to “CMOS Checksum Error, Komputer ada bateri ker?”
Bateri ni biasanya (bukan semuanya) ada tulis no CR2034 dan boleh dibeli di kedai jam saja.Biasanya saya beli dalam harga RM6 – RM12
Betul En. Sukeri
, bukan semua bateri boleh digunakan untuk komputer.. nanti saya akan cuba tunjuk gambarajah bateri komputer dengan kodnya
Owhh pakai bateri jam jer ek?
komputer mak saya kene camtuh.. saya banyak kali betulkan tapi jadik camtuh gak.. hantar kat kedai.. kedai kata nak RM300.. dia kata motherboard problem..
setelah tukar batery masih keluar check cmos setup kenapa?
setelah tukar battery stiil keluar cmos checksum error dan semasa tukar masa di cmos setting tak boleh save.after restart setting balik ke asal semula kenapa??????????tolong selesaikan masalah saya ini.
setelah tukar battery stiil keluar cmos checksum error dan semasa tukar masa di cmos setting tak boleh save.after restart setting balik ke asal semula kenapa??????????tolong selesaikan masalah saya ini.
hai cik…i nak tanya sikit…i dah banyak kali cuba membaiki masalah pc i tapi tak boleh. ia menunjukkan strike F1 to retry boot. i dah tukar cd drive, ram n hard disk.PLs help sir…
kadang masalah ini bukan disebabkan bareti cmos tu…kerosakan motherboard jugak boleh meyebabkan error cmos
saye budak baru belajar ape itu CMOS?
salam..sy nk tnyla..notebook sy ade problem dgn skrin die? skrin jadi separuh ok,separuh mcm keluar hitam je kt monitor…mcmn nk baiki ek?boleh ke di baiki?brp kosnye?model acer…sila reply segera…tq