Backup Driver Perkakasan Dahulu Sebelum Format Komputer. 3 Perisian Membantu Anda Backup Driver Pada Windows

Ditulis Pada September 8, 2009 – 12:27 pm | Oleh pak_aen | 1,812 views

Anda mesti mengalami masalah mencari driver perkakasan selepas memformat komputer anda. Saya juga telah menceritakan betapa pentingnya driver [ pemacu peranti ] untuk sesebuah komputer dalam artikel yang lepas “ Perkakasan Perlukan Driver ”. Jadi, buatlah simpanan driver bagi setiap komponen, perkakasan dan perisian komputer anda sebelum anda melakukan proses mengkitarkan semula cakera keras anda itu.

Bagi yang mempunyai CD driver mungkin tidak jadi masalah.. Bagi yang kehilangan CD driver atau sudah rosak ini yang menjadi masalah..Tanpa driver, perkakasan anda seperti motherboard, sound card, video card tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Dan anda perlu tahu juga di mana sesetengah driver komputer OEM [ Original Equipment Manufacturer ] di buat khas untuk komputer itu sahaja dan sukar untuk di temui di internet.

Untuk menyelamatkan dari semua ini berlaku, anda perlu backup semua driver – driver yang ada. Dan bagaimana caranya ?

3 Perisian Backup Driver [ Pemacu Peranti di Windows ]

1.    DriverMax

DriverMax 1

Perisian ini PERCUMA. Ia mudah untuk digunakan untuk memasang semula driver pada Windows.  Tidak perlu carian untuk driver pada disk atau pada web atau masukkan CD installation. Anda juga boleh export driver terkini yang ada pada komputer anda kemudian simpan pada folder tertentu dan gunakan semula selepas format komputer anda semula.

DriverMax 2

Banyak fungsi – fungsi lain, seperti anda boleh muat turun atau sedut driver terbaru, mengetahui driver report, rollback driver dan restore points. Cuma anda perlu buat akaun percuma, masuk dan anda boleh muat turun driver yang anda mahukan. DriverMax ini hanya boleh digunakan pada Windows 7, Windows Vista, Windows XP dan Windows 2003

Muat turun DriverMax

2.    Double Driver

DoubleDriverDouble Driver salah satu perisian backup driver yang senang digunakan. Ia membenarkan anda untuk melihat semua driver yang dipasang pada sistem komputer anda malah membenarkan juga untuk anda membuat backup, restore, simpan dan mencetak semua maklumat driver.

Ia PERCUMA, dan anda boleh muat turun Double Driver

3.    DriverMagician

DriverMegicianDriverMagician perisian paling mudah dan mempunyai fungsi backup driver. Ia mudah digunakan. Apa yang anda perlu lakukan ia pilih driver yang anda hendak backup dan pilih lokasi di mana anda hendak simpan. Senang bukan. Ia memerlukan masa yang sedikit melakukan proses ini.

Muat turun DriverMagician

Anda mempunyai pengalaman menggunakan perisian ini atau pernah mencuba perisian lain. Kongsi pengalaman anda di sini :)

Blog Widget by LinkWithin

Bookmark Artikel Ini

  • BlinkList
  • co.mments
  • NewsVine
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Furl
  • PDF
  • Reddit
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Technorati
  • StumbleUpon
Sekiranya Anda Minat Pada Artikel Nie, Pastikan Anda Melanggan RSS secara Percuma...  Subscribe in a reader
  1. 3 Responses to “Backup Driver Perkakasan Dahulu Sebelum Format Komputer. 3 Perisian Membantu Anda Backup Driver Pada Windows”

  2. By nf on Oct 16, 2009 | Reply

    salam…mungkin bole try Gunakan Driver Genius untuk backup driver..cuba dapatkan di rapidshare : http://rapidshare.com/users/TXMQH4


  3. By aBe on Dec 14, 2009 | Reply

    muat turun E-book yang menerangkan secara terperinci mengenai PC anda, software terkini dan driver untuk semua jenama komputer… muat turun secara percuma disini……

    http://y.ahoo.it/vypLdq


  4. By azura on Mar 10, 2010 | Reply

    saya hendaj komputer…sedang program runing…tiba2 screen jadi kaler biru…saya buat berulang kali…tetap juga jg blue screen..
    blh tlg ajar saya


Post a Comment

Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :