IPv6 Protokol Internet Generasi Baru

Ditulis Pada March 20, 2007 – 11:42 pm | Oleh pak_aen | 1,482 views

Apa itu IPv6 ?
Ipv6 ialah singkatan bagi “Internet Protocol Version 6″. IPv6 ialah protokol internet generasi baru yang dibangunkan oleh IETF [The Internet Engineering Task force] bagi menggantikan internet protokol sekarang Ipv4 [IP version 4]. Kebanyakkan pengguna internet sekarang menggunakan IPv4 yang berusia hampir 20 tahun. Lama tu :) .

Perubahan nie berlaku disebabkan kerana alamat Protokol Internet Versi keempat [IPv4] dijangka akan habis digunakan dalam tempoh beberapa tahun lagi.. Semakin hari semakin bertambah jumlah pelanggan dan laman web di seluruh dunia dan dikhuatiri IPv4 yang menampung dalam lingkungan kira-kira 4.3 billion alamat tidak dapat menampung jumlah pertumbuhan tersebut.

Aplikasi IPv6 nie masih baru dan kebanyakkan sistem operasi [OS] komputer menyokong IPv6 nie.. Kalau anda pernah menggunakan Windows Vista anda akan nampak setting untuk IPv6 pada Network Connections. Untuk Windows XP dan Windows 2000 masih dalam percubaan untuk Ipv6 . Macintosh, IPv6 boleh digunakan di MAC OS X 1.2 Jaguar. Mac OS versi 9 tidak support IPv6. Untuk kepastian anda boleh rujuk di laman web Sistem Operasi [OS].

Negara Guna IPv6 Perkukuh Teknologi

Berita Harian, 21 Mac 2007
MALAYSIA akan menggunakan Protokol Internet versi keenam (IPv6), menggantikan IPv4 yang digunakan sekarang dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), akan menerajui usaha mengguna pakai teknologi terbabit.

Pengarah Pusat IPv6 Kebangsaan (NAV6), Profesor Madya Dr Sureswaran Ramadas, berkata rangkaian IPv6 itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dari segi teknologi Internet.“Kami akan memulakan proses itu pada April. Kami sedang menunggu kelulusan akhir dan surat daripada kementerian,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Simposium Rangkaian Generasi Seterusnya: Forum IPv6 Malaysia, di Kuala Lumpur, minggu lalu.Turut hadir, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, merasmikan simposium berkenaan.

Kerajaan menubuhkan Majlis IPv6 Kebangsaan yang diterajui KTAK untuk menyediakan visi, misi dan pelan strategik bagi pelaksanaan IPv6 di negara ini. NAV6 terbabit mengendalikan kerja penyelidikan dan pembangunan, latihan pakar IPv6 dan program perancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berkeupayaan IPv6 menjelang 2010.More…

Sureswaran berkata, kementerian akan mengenal pasti satu atau lebih banyak lagi kementerian atau agensi untuk beralih kepada IPv6 selepas pelaksanaannya.

“China, Jepun dan Korea Selatan sudah lama mengguna pakai secara menyeluruh teknologi IPv6,” katanya.

Terdahulu, pada ucapannya, Dr Lim berkata, simposium berkenaan akan meningkatkan kesedaran mengenai rangkaian Generasi Akan Datang, IPv6 dan isu teknikal, perniagaan dan sosial berkaitan pelaksanaan teknologi terbabit.

“Teknologi ini adalah sebahagian daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi membawa perubahan radikal kepada aktiviti perniagaan, sosial dan kerajaan,” katanya.

Beliau menyarankan penyedia perkhidmatan generasi akan datang menyediakan perkhidmatan hiburan, permainan, komunikasi terjamin bagi perbankan elektronik dan perdagangan elektronik serta penyelesaian perniagaan dorongan pasaran lain.

“Daripada hanya sekadar menangani keperluan komunikasi pelanggan, mereka sebaliknya perlu berupaya menjalin perkongsian dengan pelanggan, memudahkan urus niaga perniagaan dan menangani keseluruhan keperluan perniagaan pelanggan,” katanya.

Blog Widget by LinkWithin

Bookmark Artikel Ini

  • BlinkList
  • co.mments
  • NewsVine
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Furl
  • PDF
  • Reddit
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Technorati
  • StumbleUpon
Sekiranya Anda Minat Pada Artikel Nie, Pastikan Anda Melanggan RSS secara Percuma...  Subscribe in a reader
  1. 13 Responses to “IPv6 Protokol Internet Generasi Baru”

  2. By Syaf The Geek on Mar 27, 2007 | Reply

    Saya dengar TM telah menguji dan mengaplikasikan IPv^ ini sejak tahun lalu tetapi adakah ini penyebab kelambatan broadband di negara kita? Selain ketiadaan (atau pun baru nak buat) Internet Exchange sendiri, adakah IPv^ boleh memperbaiki broadband di Malaysia?


  3. By sham on Mar 31, 2007 | Reply

    dah lama dah IPV 6 ni…masa belajar kat u tahun 2005 dah ada IPV 6 cuma malaysia lambat skit..orang dah lama pkai IPV 6 kita baru nak study & kaji ipv 6.


  4. By eduta on Apr 3, 2007 | Reply

    bg saya isu IPv6 bkn sesuatu yg br lg. ia x lama cuma tidak digunakan secara meluas.ia adalah sebahagian IPv bg support Ipv4 yg dikatakan akan abis digunakan menjelas 2010(klu x silap sy)…. apa yg sy nak tekankan ialah bukan kita(m’sia) menggunakan IPv jenis lama lg…..tetapi penggunaan IPv4 masih digunakan diseluruh negara.ada gak maklumat yg saya diberi tahu….IPv8 sedang diuji bg menyokong IPv6 yang akan dikatakan digunakan secara meluas menyelang 2010 dan akan abis digunakan (x tahu dlm berapa jangka masa) sekian


  5. By arm on Apr 11, 2007 | Reply

    itu bukan sebab broadband kat sini lambat… yang lambat tu pasal gempa bumi kat taiwan aritu yang menyebabkan cable optic di lautan dlm negara taiwan mengalami kerosakan… dari situlah yang menghubungkan sambungan internet seluruh asia… tu yang jadik lambat…

    saya masih tak faham ipv6 ni macam mana penggunaannya…


  6. By eduta on Apr 12, 2007 | Reply

    IPv mcm ada…..tcp/ip(windows) IPtalk(mac) Ipx/spx(linux) bla2 lg……adalah murupakan satu vision TCP/IP ia adalah 1 standard/piawaan antarabangsa utk membolehkan komputer berkomunikasi antara komputer(nod) lain.nod2 ini plak blh mencapai internet melalui provider(pembekal rangkaiaan internet) spt TMnet(service paling bangang/mangkok/hempeh) Time.net, Jaring dan lain2 lagi kat m’sia nih (yg saya tahu). atau utk memahami lg sy praktikalkan seperti kita manusia…bl nak berkomunikasi antara kita, kita akan menggunakan Vision B.melayu…klu berckp secara global kita guna v.B.English.klu dan org India kena laa tau v.Tamil hehehehehehe…ini sama gak seperti komputer…jk ptotokal ini(IP) tidak ada mcm mn kita nak mandapat sumber(Internet,d/load,bertukar2 maklumat,main game online multiplayer bla2 lg……….) sy rasa ckp lah ini saja..kang lg x fhm………sy pon x tau sgt…. jd kenapa dia ada IPv4 IPv6…? bg individu yg mempelajari networking atau graduan berkaitan komputer atau sesiapa yg tahu dan selalu main game online@network mesti slalu familiar dan pernah tgk ni XXX.XXX.XXX.XXX cth: 192.168.1.1 bagi permaian online dia mcm lain dan x dipanggil sbg TCP/IP tp benda tuh sama jer…..npk x ini X.X.X.X ini merupakan IPv4 X.X.X.X.X.X IPv6…. arrr mcm cikgu plak…hehehehe k arrrrr…….klu kita mahir IP,proksi,tau kiraan subneting bla2 ni mcm2 kita blh bt………..klu awak nak take over+jd admin blog ni pon blh…..tp dgn cara2 lainnya lg yg anda perlu ketahui+fahami dan dipelajari…


  7. By KBloggers on Jun 16, 2007 | Reply

    Tahniah, Banyak sekali info berguna disini. Boleh membantu dan menceriakan dunia blogging di Malaysia. Salam dari Kemaman.


  8. By S on Aug 19, 2007 | Reply

    nak tau tentang IPX communication protocol,boleh????


  9. By ibok on Sep 25, 2007 | Reply

    lama dah dak ………..
    selamat berpuasa dan berhari raya
    http://www.enai10.com
    freesubmit link directory


  10. By roy on Sep 30, 2007 | Reply

    aku mau minta tolong
    kirim dong ke e-mail ku tentang internet dan perancangan web


  11. By encuz on Oct 31, 2007 | Reply

    aku gak ngerti inisitus apa
    isinya apa sie
    sulit banget bacanya


  12. By diko on Nov 7, 2007 | Reply

    wah.. semakin hari perkembangan teknologi semakin canggih saja
    dan yang paling diharapkan kepada pemerintah indonesia agar secepatnya memberikan pengenalan tentang teknologi tersebut….


  1. 2 Trackback(s)

  2. Dec 24, 2007: ROHASS « Maxdell’s Weblog
  3. Feb 15, 2008: Macintosh Internet Service Provider

Post a Comment

Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :