Internet Explorer Error Messages

Ditulis Pada February 1, 2007 – 12:40 am | Oleh pak_aen | 1,149 views

Mengenal ralat internet sesuatu laman web, saja buat tajuk dalam BI. :) Oklah, ada beberapa mesej ralat yang anda perlu tahu ketika melayari internet. Ia terjadi apabila anda ingin melayari sesebuah laman web. Ada beberapa ralat yang saya dapat list kan untuk anda.

1. 401 Unauthorized
Anda gagal cuba mengakses sesebuah laman web. Mungkin anda bukan seorang pelawat berdaftar bagi laman web tersebut. Kiranya anda bukan ahli berdaftar. Ia terjadi apabila kata laluan yang dimasukkan tidak betul. Jika anda ahli berdaftar, cuba sekali lagi masukkan kata laluan dan anda perlu mengambil kira kata laluan [ sensitif ] seperti huruf besar.

2. 400 Bad File Request
Ini selalunya terjadi apabila sintaksis digunakan dalam url adalah tidak betul [ eg. huruf besar anda tukar jadi huruf kecil & salah tanda baca ]. Semak alamat url, pastikan alamat url yang anda taip betul.

3. 404 File Not Found
Ralat ini disebabkan laman web yang cuba anda layari tidak wujud. Anda perlu memastikan samada url yang anda taip itu betul. Anda boleh refesh page. Jika tidak berjaya anda boleh guna nama domain saja untuk carian. Contohnya www.azumass.com/blog, anda padamkan sambungan selepas nama domain www.azumass.com , anda boleh mencari fail yang dikehendaki melalui link terletak pada laman web tersebut.

4. 408 Request Timeout
Anda memberhentikan permintaan pada server sebelum server sempat menjumpai fail yang anda request. Anda tekan butang stop sebelum page yang anda request dipaparkan. Nie kes tak sabar nie :) .Lambat sangat paparan, tekan butang stop terus. :)

5. Bad File Request
Server tidak dapat mentafsirkan borang yang hendak diproses. Biasanya terjadi ketika mengisi borang. Kemungkinan pelayar @ browser anda tidak menyokong aplikasi borang tersebut. Bagi kes ni, anda boleh menghantar message kepada webmaster laman web tersebut dan memberitahu masalah ternikal yang berlaku beserta pelayar yang anda guna ketika itu.

Banyak lagi sebenarnya mesej ralat yang ada, Insya’Allah saya akan tambah berserta gambarajah bagi setiap mesej ralat..

Blog Widget by LinkWithin

Bookmark Artikel Ini

  • BlinkList
  • co.mments
  • NewsVine
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Furl
  • PDF
  • Reddit
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Technorati
  • StumbleUpon
Sekiranya Anda Minat Pada Artikel Nie, Pastikan Anda Melanggan RSS secara Percuma...  Subscribe in a reader
  1. 2 Responses to “Internet Explorer Error Messages”

  2. By Imo Imora on Feb 1, 2007 | Reply

    Ok.. mekasih pak_aen atas info yang diberi :)


  1. 1 Trackback(s)

  2. Nov 12, 2008: Ilmu Komputer, Perkakasan, Perisian, Internet » Blog Archive » Internal Server Error

Post a Comment

Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :