Archive for the ‘Perkakasan’ Category
Wednesday, March 10th, 2010 | 6 views
Hari ni saya nak bercerita mengenai satu perkakasan komputer baru saya miliki iaitu External HardDisk [ cakera keras luaran ]. Kecik, Macho dan Selamat. External HardDisk keluaran Western Digital ni memang best. Ia direka dengan reka bentuk yang kecil disamping pakej warna – warna seperti Arctic White, Black, Pacific Blue, Real Red dan Cool Silver yang sungguh menawan hati.
Selain daripada rekabentuknya yang menarik dan bergaya, Ia juga dilengkapi dengan WDSmartWare. WDSmartWare adalah satu perisian yang dibangunkan untuk memudahkan proses perpindahan backup data, melindungi data secara sendiri atau automatik, mengembalikan data dengan mudah dan memudahkan pengawalan terhadap External HardDisk anda seperti Customize your backup, set drive security, run diagnostics, manage the power settings. Untuk penererangan tentang perisian ini, anda boleh klik pada link di bawah : (more…)
Posted in Perkakasan | 1 Comment »
Sunday, April 26th, 2009 | 1,346 views
Dalam kegawatan ekonomi yang tidak berapa stabil, anda yang kurang berkemampuan masih mampu mempunyai komputer walaupun ianya sudah digunakan atau 2nd hand. Bagi saya menggunakan komputer terpakai ini sudah cukup memadai untuk anda yang inginkan sebuah komputer tetapi duit tidak mencukupi. Memang diakui harga perkakasan komputer dipasaran agak mahal bagi perkakasan komnputer baru. Kebanyakkan pelajar – pelajar, saya syorkan anda menggunakan komputer terpakai kerana golongan – golongan anda yang banyak memerlukan komputer untuk tugasan – tugasan harian. Komputer terpakai ini boleh menampung tugasan – tugasan golongan ini kerana tugasan – tugasan mereka tidak memerlukan speksifikasi komputer yang besar dan mahal. (more…)
Posted in Komputer, Perkakasan | 2 Comments »
Tuesday, August 19th, 2008 | 2,690 views
Pemacu peranti atau pemacu perisian [ device driver ] ialah satu program [ sejenis perisian ] dimana ia mempunyai kuasa untuk mengawal komponen atau perkakasan yang dihubungkan pada komputer anda..Driver ini digunakan oleh sistem operasi untuk membolehkannya berkomunikasi dengan peranti – peranti seperti [ pencetak, pengimbas, kad bunyi ] dimana driver itu dibuat khusus untuk peranti – peranti tersebut…Peranti yang disambungkan kepada komputer selalunya telah dibuat khas, oleh sebab itu Windows tidak dapat berhubung terus dengan peranti tersebut tanpa suatu program yang dapat memberitahu bagaimana peranti itu hendak berfungsi..Peranti input/output seperti tetikus, monitor, papan kekunci semuanya mempunyai “device driver” yang berasingan…Korang jgn lak gi install driver pencetak untuk pengimbas..memang tak jalan lah korang punya pencetak tu…
Device driver ini boleh dikategorikan seperti penterjemah diantara peranti dan program yang menggunakan peranti tersebut…Ia ditugaskan mengawal dan menukarkan data pemprosesan dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan peranti sokongan…Melalui teknologi Plug and Play, sistem operasi mengesan peranti baru secara automatik. Ia membantu pengguna memasang driver yang sesuai dan juga memeriksa konflik dengan peranti lain..
(more…)
Posted in Driver, Perisian, Perkakasan | 8 Comments »
Sunday, July 20th, 2008 | 2,203 views
Pengaliran udara dalam casis adalah sangat penting, kerana pengaliran udara yang salah boleh menyebabkan haba panas di dalam casis tidak dapat di bawa keluar dan boleh menyebabkan overheating processor.. Panas2 boleh terbakar processor tu…Ini salah satu penyebab komputer anda menjadi lembab, tetiba restart sendiri dan mati sendiri ketika anda sedang melakukan kerja… [ tension oooo klu tgh buat keje tetiba komputer mati sendiri ]
..jangan salahkan RAM klu komputer anda lembab..Haba panas bukan hanya dikeluarkan oleh processor jer, malah chipset papan induk dan chipset kad video pun mengeluarkan haba panas..
Oklah, aliran udara yang betul di dalam casis.. lihat gambarajah di bawah, (more…)
Posted in Casis, Komputer, Penjagaan Komputer, Perkakasan, Tips & Tricks | 5 Comments »
Friday, January 18th, 2008 | 16,494 views
Salam sejahtera kepada semua.. Buat masa nie saya sempat bagi beberapa link utk anda download driver untuk komputer @ notebook nie.. Driver ni utk sistem operasi Windows XP…Saya cuba untuk tambah link2 untuk driver notebook ni..
Ricoh 5-in-1 Card Reader Host Controller and Driver
Description
Manufacturer: Ricoh Co Ltd
Ricoh Memory Stick Host Controller
Ricoh MMC Host Controller
Ricoh XD Picture Card Host Controller
Download
Conexant High Definition Audio (for AMD)
Download
Microsoft UAA Bus Driver for HD Audio
This package installs Microsoft Windows Updates, registry fixes, driver installations and various enhancements for Windows XP with Service Pack 2 (SP2). These fixes and enhancements are highly recommended to improve the performance of the notebook.
Download
HP Integrated Bluetooth Module with Wireless Technology
Download
Conexant HDAUDIO Soft Data Fax Modem with SmartCP
Download
Sekiranya ada masalah driver tinggalkan komen ok … Nanti saya akan bagi lagi driver notebook nie..
Posted in Driver, Notebook, Perkakasan, Sistem Operasi | 164 Comments »
Sunday, December 30th, 2007 | 1,264 views
Salam Sejahtera, Apa kabar?…. Dah lama rasanya tak dapat menulis di blog nie.. Mana menghilang ?, mengembara kot…
… Masalah kesihatan yang membuatkan saya tidak dapat mengupdate blog ni.. Alhamdulillah buat masa nie, kesihatan saya semakin pulih.. Saya bersyukur kepada Allah, diberi nikmat kesihatan kembali.. “ Tanpa Kesakitan, Takkan Ada Nikmat Kesihatan “ . Oklah, terima kasih kepada semua pengujung blog azumass.com nie yang datang menyinggah ..Yang antar e-mail tanya kabar pun, ribuan terima kasih..
Berbalik kepada tajuklah, Tetikus Ohhhh Tetikus, Tetikus dah sampai hujung meja, kursor kat monitor tak gerak2… Puas rasanya mengodek tikus nie, cabut pasang..rasa nak buang pun ada…he333..Nak buang sayang lak, baru beli… Akhirnya terlerai gak hampir 30 minit menggodek tetikus rakan saya nie… Anda tahu problem nya ?… Mesti tak tahu sbb saya je yang tahu…. (more…)
Posted in Komputer, Perkakasan, Tips & Tricks | 3 Comments »
Friday, February 23rd, 2007 | 1,341 views
Ada beberapa Langkah mudah tukar bateri CMOS
1. Matikan [suis off] semua plug komputer
Kalau anda masih baru dalam ilmu nie, saya nasihatkan supaya suis off , tanggalkan kabel pada power supply dan biarkan dalam masa 5 minit. [macam rancangan memasak lak].
Tujuan sebenarnya bagi memastikan tiada aliran elektrik pada komputer. Keselamatan harus dijaga.
2. Ketahui lokasi kedudukan bateri
Sebelum post nie: Pentingnya Buku Manual, saya minta anda membaca buku manual motherboard anda. Didalam buku manual anda terdapat gambarajah motherboard, cari lokasi kedudukan bateri pada motheboard anda.. Anda boleh cari terus kat motherboard anda, tapi dengan ada manual ia memudahkan lagi anda mencari.. Sekiranya anda kurang pasti atau tidak menjumpai kedudukan bateri, anda boleh telepon syarikat pengeluar motherboard anda. (more…)
Posted in Komputer, Perkakasan, Tips & Tricks | 6 Comments »
Tuesday, February 13th, 2007 | 2,299 views
Dah lama rasanya nak berkongsi tips nie bersama anda.. Tips nie boleh diguna, sebab saya pernah mencubanya. Sebelum anda hendak tukar atau beli RAM baru selepas disahkan RAM [Random Access Memory] komputer anda rosak, anda boleh gunakan tips nie..
.. Ilmu nie, cuba jangan tak cuba
Selama saya berkecimpung dalam bidang komputer + repair komputer, perkakasan yang susah rosak bagi saya adalah RAM.. Jadi sebelum anda pergi kedai tukar RAM baru, pastikan dahulu bahawa RAM anda benar-benar rosak.. Caranya :- mudah saja….
1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM , apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul…Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna…
(more…)
Posted in Penjagaan Komputer, Perkakasan, Tips & Tricks | 12 Comments »
Thursday, January 18th, 2007 | 648 views
Kebanyakkan papan kekunci yang anda lihat semuanya sama jer..Tetapi papan kekunci Luxeed ciptaan Luxiium Lighting & Technology agak berlainan dari yang lain..Perkakasan komputer nie mmg menarik…Setiap keycaps boleh di tukar dengan 512 color yang berbeza…menarik bukan….Ia seperti color pelangi…color skin bagi papan kekunci nie boleh ditukar2 mengikut kehendak anda…anda boleh mendownload skin color dari laman web mereka….
Setiap skin colour boleh di setting….Dan anda boleh juga setting skin color mengikut muzik, warna akan menari ikut muzik…wah…Syarikat Korea cipta papan kekunci ni sebagai satu cara untuk melepaskan tekanan melalui terapi warna, tetapi kita hanya memikirkan ia adalah betul-betul cantik…
mesti tak tertekan buat keje, klu tgk warna-warni kat keyboard…terhibur gak hati
Sumber : Luxeed Interactive Keyboard
Posted in Komputer, Perkakasan | 8 Comments »
Sunday, January 14th, 2007 | 1,590 views
Mana perkakasan komputer terbaik, CRT atau LCD ?..Kedua2 monitor ni ada kebaikan dan keburukan tersendiri…
Mari kita nilai berdasarkan kriteria yang ada
1. Resolusi [Resolution], kadar penglihatan
CRT mempunyai kadar resolusi yang bagus berbanding LCD…Kadar resolution bagi CRT adalah fleksibel boleh ditukar sehingga tahap maksimum 1600 x 1200, tetapi bagi LCD ia mempunyai kadar resolution tetap, ia dipanggil kadar resolution asli..LCD boleh ditukar melebihi kadar resolution yang ditetapkan, tetapi ia akan mengeluarkan hasil gambar yang kurang bagus & gambar yang bergetar..
CRT boleh memperlihatkan warna ( bright and vibrant color display ) melebihi had maksimum tetapi LCD tidak . Dari segi ketajaman imej, LCD hanya boleh memperlihatkan ketajaman imej/gambar yg baik apabila ia menggunakan resolution yang asal/ditetapkan.
CRT anda boleh tonton dari beberapa sudut, kiri ke kanan, 70 darjah ia takkan berubah gambar walaupun anda duduk dari sudut berbeza2, tetapi bagi LCD gambar akan berubah apabila anda melihat dari sudut yg berbeza, tepi atau berjauhan dgn LCD…. Cuba, Try, Tgk
2. Kadar Segar Semua [Refresh Rate]
LCD tiada masalah dalam kadar segar semula dan ia bebas kerdipan (flicker-free), tetapi bagi CRT menimbulkan efek kedipan (flicker) yang mengganggu mata.. (more…)
Posted in Komputer, Perkakasan | 1 Comment »