Archive for the ‘Perisian’ Category
Wednesday, September 3rd, 2008 | 288 views
Google telah melancarkan pelayar web [ Internet Browser ] sumber terbuka mereka yang dinamakan Chrome ..Bagi google, pelayar web mereka ini masih dalam permulaan…Buat masa ini Google Chrome akan dikeluarkan dalam versi beta bagi Windows sahaja.. Dan Versi Mac dan Linux ia masih dalam pembangunan.. Versi Windows nie dibangunkan dengan menampilkan antaramuka yang begitu simple. Ia lebih cepat dan lebih stabil daripada pelayar2 web yang lain..Google juga mengeluarkan web komik yang dihasilkan Scott McCloud bagi menerangkan pembangunan Chrome nie.. Anda boleh membaca nya di sini http://www.google.com/googlebooks/chrome/

Chrome ini dibangunkan kerana Google percaya dimana mereka dapat memberikan sesuatu benda yang baru dan bernilai untuk pengguna dan pada masa yang sama membantu di dalam membuat suatu pembaharuan dalam pembangunan Web. Google juga mahu Chrome ni bukan hanyalah satu pelayar web malah juga platform moden untuk laman web dan aplikasi2 lain….
Google Chrome memiliki tab-tab yang ditempat di bahagian atas antaramuka dan bukannya dibawah address bar seperti pelayar web lain..Ia juga mempunyai keselamatan ke atas tab-tab tersebut dimana semua kegiatan dalam tab dilakukan di dalam sandbox apabila berlaku crash di satu tab ia tidak akan mempengaruhi atau menggangu tab lain..Google Chrome menggunakan JavaScript Engine, V8 yang mulanya dihasilkan di Denmark..V8 adalah Javascript Engine yang baru dibangunkan untuk melaksana aplikasi-aplikasi javascript yang besar dengan lebih cepat…V8 lebih laju dari JScript [Internet Explorer], SpiderMonkey [firefox] dan JavaScriptCore [Safari]…
Disini ada beberapa antaramuka anda boleh lihat…. (more…)
Posted in Pelayar Web, Perisian | 3 Comments »
Tuesday, August 19th, 2008 | 472 views
Pemacu peranti atau pemacu perisian [ device driver ] ialah satu program [ sejenis perisian ] dimana ia mempunyai kuasa untuk mengawal komponen atau perkakasan yang dihubungkan pada komputer anda..Driver ini digunakan oleh sistem operasi untuk membolehkannya berkomunikasi dengan peranti – peranti seperti [ pencetak, pengimbas, kad bunyi ] dimana driver itu dibuat khusus untuk peranti – peranti tersebut…Peranti yang disambungkan kepada komputer selalunya telah dibuat khas, oleh sebab itu Windows tidak dapat berhubung terus dengan peranti tersebut tanpa suatu program yang dapat memberitahu bagaimana peranti itu hendak berfungsi..Peranti input/output seperti tetikus, monitor, papan kekunci semuanya mempunyai “device driver” yang berasingan…Korang jgn lak gi install driver pencetak untuk pengimbas..memang tak jalan lah korang punya pencetak tu…
Device driver ini boleh dikategorikan seperti penterjemah diantara peranti dan program yang menggunakan peranti tersebut…Ia ditugaskan mengawal dan menukarkan data pemprosesan dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan peranti sokongan…Melalui teknologi Plug and Play, sistem operasi mengesan peranti baru secara automatik. Ia membantu pengguna memasang driver yang sesuai dan juga memeriksa konflik dengan peranti lain..
(more…)
Posted in Driver, Perisian, Perkakasan | 1 Comment »
Friday, February 2nd, 2007 | 230 views
Tahukah anda pelancaran Sistem Operasi terkini dari Microsoft iaitu Windows Vista. Microsoft akan melancarkan 2 produknya yang terkini iaitu Windows Vista dan Office 2007 di Malaysia. Bagi pengguna awam seperti saya & anda pelancarannya pada 3 & 4 Febuari yang akan diadakan di Low Yatt Plaza , Kuala Lumpur. Sudahkah anda bersedia menukar kepada sistem operasi Vista ini?. :).Anda boleh rujuk aktiviti2 yang akan diadakan pada hari tu, Event Information
Sebenarnya banyak dah jual kat kedai Windows Vista ni, tapi paham2 lah yer…:wink: ..Sebelum anda hendak bertukar kepada sistem operasi Windows Vista ini, anda kena uji speksifikasi perkakasan atau perisian komputer anda kerana Windows Vista ini hanya menyokong perkakasan & perisian terkini.. Anda boleh cuba samada komputer anda mampu untuk sokong Windows Vista ini guna Windows Vista Upgrade Advisor
Posted in Komputer, Perisian, Sistem Operasi | No Comments »
Sunday, January 28th, 2007 | 142 views
Apa kabar semua,
Semalam saya berjumpa Penulis eBook Panduan Asas Membina Blog Wordpress dalam bengkel ebiz di UKM, Bangi…Banyak juga yang dikongsi bersama Zul….Kiranya sifu sayalah :)…Saya anggap Zul sbg sifu sbb tunjuk ajar yang diberikan kepada saya ketika memasang blog Wordpress saya ni memang bagus….Boleh dikatakan full support, dah beli produk dia, dapat pulak tunjuk ajar Zul…Memang best..Tidak rugi beli ebook Zul..Selain itu juga, saya amat berminat dengan cara penulisan artikel dia…Anda boleh rujuk artikel2 Zul dalam Arkib Artikel beliau…
Bagi anda yang masih belum mempunyai Pakej kit blogger 1, Panduan Asas Membina Blog Wordpress [ZulSmartusaha], dapatkanlah versi Kemaskininya…Insya’Allah, Zul cakap minggu depan dia re-launch…Kiranyanya saya berpeluang melihat dulu versi kemaskini nie dahulu sbb saya salah seorang peserta bengkel ebiz tu :)….Memang menarik versi kemaskini nie…Ramai gak yang tak sabar2 tunggu versi kemaskini ni :)….Ikuti perkembangan Versi Re-launch nie di blog SmartUsaha.com @ bloggingsteps.com…..Anda boleh review ebook Panduan Asas Membina Blog Wordpress
Posted in Internet, Perisian, Sembang2 Petang | 6 Comments »
Thursday, January 25th, 2007 | 1,087 views
Topik kali nie sy ingin berkongsi maklumat tentang perisian antivirus diantara yang terbagus yang pernah sy gunakan…Perisian Kaspersky Antivirus nie yang dibangunkan oleh Kaspersky Lab yang berpangkalan di Moscow & Russia…Yang menariknya tentang perisian antivirus nie, ia amat berkesan kerana dia scan komputer kita sedalam2nya….Semua virus boleh dikesan… Anda boleh lihat gambarajah dibawah….Perbandingan diantara antivirus lain..
sumber - www.kaspersky.com
Sy pernah scan virus thumbdrive kawan sy, guna perisian antivirus lain…hasilnya “No Virus Found”..Tapi bila sy buat scan sekali lagi guna Antivirus Kaspersky, nilah hasilnya.
(more…)
Posted in Penjagaan Komputer, Perisian | 29 Comments »