Archive for the ‘Penjagaan Komputer’ Category
Tuesday, September 15th, 2009 | 560 views
Error 2738. Could not access VBScript runtime for custom action.
Mungkin anda pernah melihat mesej error ini. Mesej error ini selalunya akan terjadi apabila anda memasang [install] atau membuang [uninstall] sesuatu perisian. Mesej error ini merujuk kepada enjin VBScript pada masa pemasangan sesuatu perisian tidak didaftarkan lagi pada mesin atau komputer anda. (more…)
Posted in Komputer, Penjagaan Komputer, Tips & Tricks | 3 Comments »
Tuesday, September 8th, 2009 | 1,812 views
Anda mesti mengalami masalah mencari driver perkakasan selepas memformat komputer anda. Saya juga telah menceritakan betapa pentingnya driver [ pemacu peranti ] untuk sesebuah komputer dalam artikel yang lepas “ Perkakasan Perlukan Driver ”. Jadi, buatlah simpanan driver bagi setiap komponen, perkakasan dan perisian komputer anda sebelum anda melakukan proses mengkitarkan semula cakera keras anda itu.
Bagi yang mempunyai CD driver mungkin tidak jadi masalah.. Bagi yang kehilangan CD driver atau sudah rosak ini yang menjadi masalah..Tanpa driver, perkakasan anda seperti motherboard, sound card, video card tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Dan anda perlu tahu juga di mana sesetengah driver komputer OEM [ Original Equipment Manufacturer ] di buat khas untuk komputer itu sahaja dan sukar untuk di temui di internet. (more…)
Posted in Driver, Komputer, Penjagaan Komputer, Perisian | 6 Comments »
Friday, September 4th, 2009 | 1,237 views
Disk Defragmenter ialah utiliti yang didatangkan bersama – sama sistem pengoperasian Microsoft Windows. Tak kira versi Window apa anda guna samada Windows 95, Windows 98, Windows Me, Windows XP, Windows Vista Windows terbaru Windows 7 mesti mempunyai sistem utiliti ini. Disk Defragmenter ini ditugaskan menyusun fail sistem komputer bagi membantu sistem pengoperasian Windows membaca dengan lancar dan laju.
Di sini saya akan berkongi 3 Perisian Disk Defragment selain dari yang terdapat dalam Windows anda. (more…)
Posted in Penjagaan Komputer, Perisian | No Comments »
Monday, January 12th, 2009 | 3,956 views
Bagaimana hendak mendapatkan kembali fail selepas fail dipadam dan setelah mengkosongkan tong sampah [ recycle bin ]. Mungkin anda juga pernah terpikir untuk mengembalikan fail kerja yang terpadam secara sengaja atau tak sengaja. Kebanyakkan pengguna komputer beranggapan, memadam fail bermakna fail itu hilang atau fail itu tidak akan dipaparkan lagi. Anggapan anda itu mungkin salah..
Secara teknikalnya, fail yang anda delete tidak pergi kemana – mana pun. Ia masih lagi berada di dalam komputer anda. Didalam cakera keras [ hard disk ] anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT [ File Allocation Table ] dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda.
(more…)
Posted in Komputer, Penjagaan Komputer, Perisian | 8 Comments »
Wednesday, October 29th, 2008 | 2,089 views


1. E-mail
Dengan membuka email saja, komputer anda boleh diserang…Lagi2 email yang disertakan dengan attachment..Secara amnya, Virus, Spyware atau Malware tidak boleh serang dengan hanya kita membaca email sahaja..Ia akan menyerang menyelinap masuk ke komputer anda melalui attachment yang disertakan..Anda buka, masuklah dia… he333..Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tak kenal delete jer….
2. Download
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu2 mp3 percuma, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman2 web yang menyediakan perkhidmatan download …Kemungkinan besar fail yang anda download tu mempunyai Virus, Spyware dan Malware..Pastikan fail yang anda download tu bukan lah dari 3 benda ini…Jika anda tergolong diantara mereka yang suka mendownload..
3. Klik Pada Iklan
Sekarang ni banyak iklan yang ada…Iklan yang membuatkan anda teruja akan mengklik pada iklan tersebut pun ada..Hati2, bukan semua iklan itu benar…Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya..Contohnya SmartAntivirus 2009, baca artikel saya mengenai SmartAntivirus 2009 ni… (more…)
Posted in Penjagaan Komputer, Spyware | 1 Comment »
Tuesday, October 14th, 2008 | 2,000 views
Smart Antivirus 2009 boleh dikelaskan atau diketegorikan sebagai anti-spyware yang menipu..Smart antivirus 2009 ni sebenarnya malware yang boleh menyebabkan kerosakkan pada sistem komputer..SmartAntivirus 2009 memaparkan pop-up seberapa banyak memaksa pengguna PC untuk membeli perkhidmatan mereka…

Mereka memaksa dengan cara dengan memaparkan mesej keselamatan yang menakutkan dimana konon2 komputer anda dijangkiti virus atau spyware yang bahaya dan hanya mendownload SmartAntivirus 2009 je yang mampu membantu anda membuangnya menggunakan versi percubaan mereka.. (more…)
Posted in Antivirus, Penjagaan Komputer, Spyware | 13 Comments »
Sunday, July 20th, 2008 | 2,203 views
Pengaliran udara dalam casis adalah sangat penting, kerana pengaliran udara yang salah boleh menyebabkan haba panas di dalam casis tidak dapat di bawa keluar dan boleh menyebabkan overheating processor.. Panas2 boleh terbakar processor tu…Ini salah satu penyebab komputer anda menjadi lembab, tetiba restart sendiri dan mati sendiri ketika anda sedang melakukan kerja… [ tension oooo klu tgh buat keje tetiba komputer mati sendiri ]
..jangan salahkan RAM klu komputer anda lembab..Haba panas bukan hanya dikeluarkan oleh processor jer, malah chipset papan induk dan chipset kad video pun mengeluarkan haba panas..
Oklah, aliran udara yang betul di dalam casis.. lihat gambarajah di bawah, (more…)
Posted in Casis, Komputer, Penjagaan Komputer, Perkakasan, Tips & Tricks | 5 Comments »
Wednesday, February 21st, 2007 | 1,846 views
Kekadang kalau kita tidak tahu ilmu komputer, susah jugak. Apa-apa bidang yang diceburi kalau tak tahu tentang komputer, perkakasan, perisian memang jadi masalah.. Bagi anda yang hendak menceburi bidang perniagaan internet & menjadi usahawan internet, anda perlu tahu [wajib tahu] perkara asas tentang komputer. 
Oklah, balik kepada tajuk kita… baca dialog diantara En. A & pak_aen dibawah.. siapa pak_aen?
En. A: Komputer aku CMOS Chesksum Error, apa nak buat?
pak_aen : Ko tukar je batteri baru ….
En. A: Komputer ada bateri ker ?
Untuk pengetahuan En. A dan anda, komputer mempunyai sebiji bateri. Bateri itu terletak pada papan induk [ motherboard ]. Ia sebesar duit syling 20 sen. Ia adalah satu perkakasan komputer juga.
Bateri ini merujuk kepada 2 tujuan kegunaannya…
1. Untuk membekalkan konfigurasi ingatan [ CMOS ].
2. Untuk membekalkan jam & masa pada komputer [ menunjukkan tarikh dan masa ].

Tak semestinya bila Cmos Checksum Error, batteri anda perlu tukar baru… Ada faktor lain yang menyebabkan mesej ralat CMOS Checksum Error dipaparkan, cuma untuk post nie saya nak tekankan mengenai bateri dahulu.. (more…)
Posted in Komputer, Penjagaan Komputer, Tips & Tricks | 12 Comments »
Tuesday, February 13th, 2007 | 2,299 views
Dah lama rasanya nak berkongsi tips nie bersama anda.. Tips nie boleh diguna, sebab saya pernah mencubanya. Sebelum anda hendak tukar atau beli RAM baru selepas disahkan RAM [Random Access Memory] komputer anda rosak, anda boleh gunakan tips nie..
.. Ilmu nie, cuba jangan tak cuba
Selama saya berkecimpung dalam bidang komputer + repair komputer, perkakasan yang susah rosak bagi saya adalah RAM.. Jadi sebelum anda pergi kedai tukar RAM baru, pastikan dahulu bahawa RAM anda benar-benar rosak.. Caranya :- mudah saja….
1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM , apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul…Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna…
(more…)
Posted in Penjagaan Komputer, Perkakasan, Tips & Tricks | 12 Comments »
Tuesday, January 30th, 2007 | 1,684 views
Disini ada beberapa tips penjagaan persekitaran komputer untuk anda.Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaraan komputer anda.Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, Insya’Allah komputer anda boleh bertahan lama.
1. Debu
Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk.Jangan letak komputer anda di bahagian sentiasa mempunyai habuk seperti berhampiran dapur.Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda.Sekiranya anda membersihkan umah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda.Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer ” Bilik Komputer”
2. Minuman dan Makanan
Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer.Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.Tertumpah kat keyboard biasa x per lagi, kalau tertumpah kat Luxeed keyboard ni.
(more…)
Posted in Komputer, Penjagaan Komputer | 9 Comments »