Punca dan Bagaimana BSoD Terjadi ?

Ditulis Pada October 20, 2008 – 10:54 pm | Oleh pak_aen | 1,560 views

BSoD boleh terjadi disebabkan beberapa punca berikut : -

1. Serangan Virus atau Spyware
Virus dan Spyware boleh menyebabkan komputer anda dalam risiko yang tinggi menghadapi BSoD ini..Ia menyerang komputer anda tanpa anda sedari..Virus atau spyware ini boleh menyerang BIOS, Driver Device [Pemacu Peranti] yang membawa kepada kerosakkan pada fail-fail didalamnya.

2. Perkakasan Yang Gagal Berfungsi
Sekiranya perkakasan atau peranti komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya atau rosak, Windows Stop Error akan terjadi…Ia termasuk juga masalah CPU terlalu panas…

3. Perisian Yang Gagal Berfungsi
Perisian yang mempunyai masalah ketika proses pemasangan [install]…Perisian ini mungkin mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan Windows kerana semasa proses pemasangan terdapat fail-fail yang telah rosak..Perisian yang tidak serasi dengan Windows juga boleh menyebab BSoD ini, contohnya Vista memerlukan perisian yang hanya dibangunkan khas untuk sistem operasi ini sahaja dan jangan sesekali install perisian yang tidak boleh beroperasi dengan Vista ini.

4. Device Driver [Pemacu Peranti]
Apabila perkakasan baru dipasang pada komputer dan pemacu perantinya tidak sesuai, salah atau tidak dikemaskini untuk perkakasan tersebut…Ini akan menyebabkan perkakasan tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan Windows.

5. Startup Error
Perkakasan gagal, driver rosak, corrupt file volume, system misconfiguration dan jangkitan virus boleh menyebabkan windows tidak boleh beroperasi ketika proses boot…Semua error akan dipaparkan sebelum Windows dipaparkan…Ketika proses boot, Windows tidak dapat berkomunikasi dengan fail-fail yang berkaitan dengan sempurna…

6. Registry Error
Kerosakan pada Registry boleh terjadi dengan tidak dijangka…Windows Registry ini mengandungi suatu sistem konfigurasi yang lengkap termasuk konfigurasi perkakasan dan device driver..Sekiranya terdapat ralat pada sistem Registry dengan mudah ia menyebabkan sistem tidak berfungsi dan menyebabkan BSoD..

Apa itu BsoD ?

Blog Widget by LinkWithin

Bookmark Artikel Ini

  • BlinkList
  • co.mments
  • NewsVine
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Furl
  • PDF
  • Reddit
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Technorati
  • StumbleUpon
Sekiranya Anda Minat Pada Artikel Nie, Pastikan Anda Melanggan RSS secara Percuma...  Subscribe in a reader
  1. 6 Responses to “Punca dan Bagaimana BSoD Terjadi ?”

  2. By nini on Oct 22, 2008 | Reply

    hai…
    saya nak tanya, mcm mana ngan virus baru iaitu winword. virus nih blh tukarkan doc kepada exe. so semua file dari microsoft word xleh bukak, dan ilang. so mcm mana nak hapuskan virus tu…nyusahkan idup saya jer…. huhuhu


  3. By Lan on Nov 2, 2008 | Reply

    Sy Kerap kena BSoD…Sekurang2nya sy dapat tahu punca dan sebab terjadi…Artikel Yang Bagus… :)


  4. By privacyresident on May 6, 2009 | Reply

    masalah ni da lama ggu hidup saya.
    bkn saya sorg sbnrnya.
    mcm ni.

    saya guna wifi jaring kat kolej saya.
    jadi ramai la yg guna jarng ni gak.
    bila sorg kene mslh ni.
    laptop2 lain pon turut sama kene gak.

    ada kaitan ngan internet jugak ke masalah ni?
    t


  5. By business i.t on Jul 25, 2009 | Reply

    camne jdnye virus pd komputer?
    tolong bagi sebab or kemungkinan yg byk..


  6. By Jali on Jan 22, 2010 | Reply

    Laptop aku bsod dah kuar..adus..aku dh format bnyak kali ok jap je pastu kluar bla bla biru tu..dulu x mcm ni format skali ok je lama leh guna..aku dah check smua mslah..tp x leh gak..ni bkn mslh windows atau software ni masaalah dtang dari fizikalnya..hardisk kot atau ram atau processor atau motherboard,sbb laptop aku ni jenis lama he he tahun 2000 punya,processor pun x power sgt pntium3 je..mls nk anto kdai..sbb niat nak beli baru je snang ada warranty lg..


  7. By PcHotZone on Jan 29, 2010 | Reply

    business it. untuk maklumat ko, virus nih terjadi daripada manusia gak, manusia yang menciptakan virus, dan manusia jugak yang buat anti virus, virus nih lebih kurang cam error code, die bleh terjadi kalo kita tersalah coding,virus tidak terjadi secara sendiri melainkan orang cipta die dan sebarkan.


Post a Comment

Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :