Resolusi Paparan Skrin Monitor

Ditulis Pada December 5, 2008 – 1:02 am | Oleh pak_aen | 1,192 views

Resolusi atau ketetapan skrin monitor komputer merujuk kepada beberapa pixel [ picture elements ] yang digabungkan. Beberapa pixel iaitu titik-titik kecil yang berwarna digambungkan dan membentuk satu paparan seperti yang anda lihat pada kaca skrin monitor anda.

Resolusi monitor berbeza dengan Resolusi kad grafik anda. Anda jangan konfius. Sebenarnya resolusi paparan skrin ini dikawal oleh resolusi kad grafik anda bukan resolusi monitor anda. Nilai bagi Resolusi monitor adalah tetap. Segala pertukaran paparan dilakukan pada setting kad grafik, bukannya setting monitor.

Kebiasaan setting bagi resolusi kad grafik iala 800 x 600, 1024 x 768 dan 1280 x 1024 . Terdapat Banyak lagi setting dan semuanya bergantung pada kecanggihan kad grafik anda. Sekarang semua kad grafik dah canggih dimana menyediakan resolusi seperti 960 x 600, 1152 x 864, 1280 x 768. Semua ini dikira dalam unit pixel. 800 x 600 ini menunjukkan 800 pixels lebar dan 600 pixel tinggi. Sila rujuk buku manual bagi setiap kad grafik anda.

Resolusi yang tinggi membuatkan keseluruhan area skrin kelihatan luas, ia membuatkan item-item seperti tulisan [ font ] menjadi kecil. Sesetengah pengguna lebih suka memilih menggunakan resolusi yang rendah bagi mendapatkan paparan skrin penuh dan semua item-item pada skrin lebih besar dan mudah dilihat.

Paparan 800x600
Paparan 800 x 600

Paparan 1028x1024
Paparan 1028 x 1024

Setting terbaik bagi resolusi ini boleh dikira melalui saiz monitor anda..

Paparan Resolusi Mengikut Saiz Monitor

Apakah resolusi skrin terbaik bagi sesebuah laman web ?

Resolusi ni amat penting dalam pembangunan sesebuah laman web. Sesetengah pengguna internet lebih gemar menggunakan resolusi bersaiz 1028 x 768. Ini disebabkan paparan yang lebih menarik, dan kemas. Penggunaan Resolusi 1028 x 768 ini juga dikatakan mudah kerana pengujung sesebuah laman web boleh melayari laman tersebut tanpa menggunkan scroll bar untuk ke kiri dan ke kanan.

Statistik di atas saya ambil dari Google Analytics bagi blog saya, di mana jumlah pengunjung bagi blog ni lebih gemar menggunakan resolusi 1024 x 768 sebanyak 52.02% bagi paparan blog saya. Itu semua terpulang pada anda sendiri. Bagi saya saya lebih gemar menggunakan resolusi yang rendah bagi pembacaan berbanding tinggi kerana tulisan besar dan mudah untuk dibaca. Dan menggunakan resolusi yang tinggi untuk permainan games kerana grafik nya lebih menarik.

Blog Widget by LinkWithin

Bookmark Artikel Ini

  • BlinkList
  • co.mments
  • NewsVine
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Furl
  • PDF
  • Reddit
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Technorati
  • StumbleUpon
Sekiranya Anda Minat Pada Artikel Nie, Pastikan Anda Melanggan RSS secara Percuma...  Subscribe in a reader
  1. 4 Responses to “Resolusi Paparan Skrin Monitor”

  2. By Adzfar Aiman on Jan 9, 2009 | Reply

    Nice tip :)
    Tapi ada pembetulan dibahagian “Apakah resolusi skrin terbaik bagi sesebuah laman web ?” itu.
    1024 x 768 atau 1028 x 768 ?


  3. By pak_aen on Jan 12, 2009 | Reply

    Terima Kasih Adzfar Aiman, sy dah perbetulkan kesilapan.


  4. By husna on Feb 26, 2009 | Reply

    thanks atas tips yg amat berguna pd sy. resolusi skrin sy pun tertukar dgn sendirinya selepas blackout kat umah beberapa saat. nasib baiklah sy terjmpa blog awak ini.

    saya nak tny, mcm mana sy nk dapatkan balik satu toolbar ni yag ada “ADD TABS”. tba2 ja hilang. klu ada snglah ckit nk bk bnyk2 website


  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 3, 2010: paparan

Post a Comment

Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :