Copy [ Ctrl+C ] & Paste [ Ctrl+V ]
Anda mungkin biasa dengar perkataan Copy & Paste.. Ketika melakukan kerja menggunakan word, excel dan sebagainya pasti anda gunakannya.. Ketika buat tugasan bagi pelajar kolej , pelajar universiti biasalh dengan perkataan “copy, paste jer”.. Dengan copy & paste saje segala tugasan anda selesai dengan mudah.. betul tak?..Tak semua pelajar macam tu.. Segelintirlah..
Kekadang perkara ni terbawa2 hingga alam pekerjaan, bos suruh cari data, copy, paste jer.. Tak dinafikan lagi, memang senang dan mudah copy & paste..Cuma tekan butang Ctrl + C untuk copy kemudian butang Ctrl + V untuk paste.. Memang mudah dan senang.. Itulah sebenarnya fungsi bagi butang ini…
Salah ke kalau anda Copy & Paste ?
Tak salah.. Tapi ikutlah cara yang betul.. Sekiranya anda hendak tiru bulat – bulat sesuatu kerja itu biarlah anda letakkan rujukan dari mana anda dapat kerja itu.. Contohnya anda ambil bulat-bulat artikel dari blog ini, artikel Tips Penjagaan Persekitaran Komputer, selepas artikel tu anda letak rujukan dari : http://www.azumass.com/blog/komputer/tips-penjagaan-persekitaran-komputer.html
Sekiranya anda penulis blog lain, minta izin dari pemilik blog sekiranya anda memerlukan artikel dari blog beliau untuk dipaparkan di blog anda.. Kemudian letakkan “ article source : “ .. Sejuk gak hati pemilik blog tu, mana taknya idea & artikelnya dihargai.. Klu anda tiru bulat2 artikel dari blog lain ke blog anda tanpa izin atau tak tinggalkan backlink, klu anda mesti anda kecewa + marah
.. Dahlah idea kita, orang tiru…
Saya bukanlah seorang yang pandai menulis artikel, sekadar dapat berkongsi ilmu dengan anda.. Saya masih baru dalam menulis artikel ini, kekadang ayat pun berterabur.. he333.. Sekurang-kurangnya saya mencuba menulis sesuatu artikel dengan idea saya sendiri dan cuba memperbaiki penulisan artikel saya untuk dikongsi bersama…
Itulah diantara Fungsi Ctrl+C dan Ctrl+V jadi gunakanlah Fungsi Butang ini pada tempat dengan cara yang betul
![]()






