Archive for January, 2009

Komputerku Kini Menggunakan Windows 7

Monday, January 19th, 2009 1,561 views

windows_7_betaHampir 3 hari mencuba memuat-turun [ download ] Windows 7 yang dilancarkan dalam versi beta secara rasminya pada 9 Januari 2009 kini komputer saya menggunakan Windows 7. Ia dihadkan kepada 2.5 juta orang pertama sahaja untuk memuat-turun pada mulanya. Disebabkan terlalu ramai pengguna komputer seluruh dunia ingin mencuba ilmu baru ini, maka pihak Microsoft telah mengambil keputusan membatalkan had untuk memuat-turun Windows 7 kepada unlimited sehingga 24 Januari 2009. Anda masih boleh memuat-turun Versi beta ini sekiranya anda berminat untuk mencubanya.

Windows 7 versi beta build 7000, ia dilancarkan untuk mengenalpasti masalah – masalah yang ada. Masih lagi banyak kelemahan – kelemahan yang mungkin wujud pada Windows baru ini, dan Microsoft menunggu reaksi pengguna – pengguna yang mencubanya. Kepada anda yang ingin mencuba, saya nasihatkan install pada  komputer yang bukan komputer utama anda. (more…)

Tukar Boot Screen Windows Vista

Sunday, January 18th, 2009 3,246 views

vista_boot_screenMungkin anda sudah boring menggunakan boot screen Windows Vista anda. Anda boleh menukarkannya dengan beberapa langkah muda. Ia akan menukarkan default boot screen Windows Vista anda kepada Aurora Boot Screen. Caranya amat mudah dan anda mampu melakukannya..

(more…)

Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ?

Monday, January 12th, 2009 3,956 views

deleted-file-recoveryBagaimana hendak mendapatkan kembali fail selepas fail dipadam dan setelah mengkosongkan tong sampah [ recycle bin ]. Mungkin anda juga pernah terpikir untuk mengembalikan fail kerja yang terpadam secara sengaja atau tak sengaja. Kebanyakkan pengguna komputer beranggapan, memadam fail bermakna fail itu hilang atau fail itu tidak akan dipaparkan lagi. Anggapan anda itu mungkin salah..

Secara teknikalnya, fail yang anda delete tidak pergi kemana – mana pun. Ia masih lagi berada di dalam komputer anda. Didalam cakera keras [ hard disk ] anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT [ File Allocation Table ] dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda.

(more…)

Blog Widget by LinkWithin
Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :