Archive for December, 2008

800 Peniaga Kecil Malaysia Dijangka Serta Seminar Pemasaran Internet 2009

Tuesday, December 30th, 2008 522 views

Mencari barang dan perkhidmatan melalui internet menjadi cara pertama sebelum mereka membeli di kedai berhampiran.

Pelanggan kini tidak akan ke kedai selagi tidak mencari maklumat produk dan
perkhidmatan melalui internet terlebih dahulu.

Kaji selidik oleh kursusperniagaan.com ke atas Lelong.com.my mengesahkan
penemuan ini. Laman web Lelong dilawati 100,000 pengunjung sehari. Didapati 84 peratus terdiri daripada mereka berusia 20 sehingga 39 tahun.

Berdasarkan statistik Lelong, peniaga kecil kehilangan 84% bakal pelanggan baru setiap hari jika tidak memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet hari ini.

Trend ini semakin meningkat selepas kegawatan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia berlaku. Berlaku peningkatan pengguna ke laman web peniaga dari 46 peratus sehingga 236 peratus.
(more…)

Resolusi Paparan Skrin Monitor

Friday, December 5th, 2008 1,192 views

Resolusi atau ketetapan skrin monitor komputer merujuk kepada beberapa pixel [ picture elements ] yang digabungkan. Beberapa pixel iaitu titik-titik kecil yang berwarna digambungkan dan membentuk satu paparan seperti yang anda lihat pada kaca skrin monitor anda.

Resolusi monitor berbeza dengan Resolusi kad grafik anda. Anda jangan konfius. Sebenarnya resolusi paparan skrin ini dikawal oleh resolusi kad grafik anda bukan resolusi monitor anda. Nilai bagi Resolusi monitor adalah tetap. Segala pertukaran paparan dilakukan pada setting kad grafik, bukannya setting monitor.

Kebiasaan setting bagi resolusi kad grafik iala 800 x 600, 1024 x 768 dan 1280 x 1024 . Terdapat Banyak lagi setting dan semuanya bergantung pada kecanggihan kad grafik anda. Sekarang semua kad grafik dah canggih dimana menyediakan resolusi seperti 960 x 600, 1152 x 864, 1280 x 768. Semua ini dikira dalam unit pixel. 800 x 600 ini menunjukkan 800 pixels lebar dan 600 pixel tinggi. Sila rujuk buku manual bagi setiap kad grafik anda. (more…)

Blog Widget by LinkWithin
Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :