Archive for September, 2008
Monday, September 29th, 2008 1,763 views
BSOD [ Blue Screen of Death ] atau dikenali sebagai Windows stop error atau BugCheck Code.. Ia adalah paparan mesej error pada skrin bagi sesetengah sistem operasi terutamanya Microsoft Windows…Ia memaparkan skrin berwarna biru dimana apabila berlakunya sistem error ia boleh menyebabkan sistem shut down bagi menghalang dari belakunya kerosakkan teruk pada sistem.
Anda pasti pernah mengalaminya, sekurang2nya sekali dalam hidup… Error ini selalunya terjadi apabila Windows mengesan terdapat masalah atau kesalahan Perisian, Perkakasan atau Pemacu Perisian [ driver ] dimana Windows tidak dapat meneruskan operasi sistem dengan betul..Ia tak semestinya kesalahan ini disebabkan oleh kesalahan 3 benda diatas yg kita gunakan malah Virus juga boleh menjadi penyebab BSOD nie..
Dibawah nie contoh BsoD (more…)
Posted in BSoD, Tips & Tricks, Windows XP | 4 Comments »
Wednesday, September 24th, 2008 1,422 views
Microsoft akan mengeluarkan sistem operasi baru mereka selepas Vista iaitu Windows 7..Microsoft bercadang untuk melancarkannya pada awal 2010, kira-kira 3 tahun selepas Vista… Jika Windows 7 muncul, Adakah Vista akan mengikut jejak langkah Windows-Windows terdahulu seperti dalam artikel sy “Selamat Tinggal Windows XP“..
Tak sampai beberapa tahun Vista dipasaran, dah muncul yang baru…Nama asal bagi Windows 7 ni diambil dari nama kod iaitu “Blackcomb” kemudian pada awal 2006 dinamakan semula dengan “Windows Vienna” dan kemudian ditukar kepada “Windows Seven” atau “Windows 7” dimana Windows ini dijangkakan akan menggantikan Windows Vista. (more…)
Posted in Sistem Operasi, Windows 7 | 7 Comments »
Wednesday, September 3rd, 2008 888 views
Google telah melancarkan pelayar web [ Internet Browser ] sumber terbuka mereka yang dinamakan Chrome ..Bagi google, pelayar web mereka ini masih dalam permulaan…Buat masa ini Google Chrome akan dikeluarkan dalam versi beta bagi Windows sahaja.. Dan Versi Mac dan Linux ia masih dalam pembangunan.. Versi Windows nie dibangunkan dengan menampilkan antaramuka yang begitu simple. Ia lebih cepat dan lebih stabil daripada pelayar2 web yang lain..Google juga mengeluarkan web komik yang dihasilkan Scott McCloud bagi menerangkan pembangunan Chrome nie.. Anda boleh membaca nya di sini http://www.google.com/googlebooks/chrome/

Chrome ini dibangunkan kerana Google percaya dimana mereka dapat memberikan sesuatu benda yang baru dan bernilai untuk pengguna dan pada masa yang sama membantu di dalam membuat suatu pembaharuan dalam pembangunan Web. Google juga mahu Chrome ni bukan hanyalah satu pelayar web malah juga platform moden untuk laman web dan aplikasi2 lain….
Google Chrome memiliki tab-tab yang ditempat di bahagian atas antaramuka dan bukannya dibawah address bar seperti pelayar web lain..Ia juga mempunyai keselamatan ke atas tab-tab tersebut dimana semua kegiatan dalam tab dilakukan di dalam sandbox apabila berlaku crash di satu tab ia tidak akan mempengaruhi atau menggangu tab lain..Google Chrome menggunakan JavaScript Engine, V8 yang mulanya dihasilkan di Denmark..V8 adalah Javascript Engine yang baru dibangunkan untuk melaksana aplikasi-aplikasi javascript yang besar dengan lebih cepat…V8 lebih laju dari JScript [Internet Explorer], SpiderMonkey [firefox] dan JavaScriptCore [Safari]…
Disini ada beberapa antaramuka anda boleh lihat…. (more…)
Posted in Pelayar Web, Perisian | 3 Comments »