Archive for August, 2008

Perkakasan Perlukan Driver

Tuesday, August 19th, 2008 2,690 views

Pemacu peranti atau pemacu perisian [ device driver ] ialah satu program [ sejenis perisian ] dimana ia mempunyai kuasa untuk mengawal komponen atau perkakasan yang dihubungkan pada komputer anda..Driver ini digunakan oleh sistem operasi untuk membolehkannya berkomunikasi dengan peranti – peranti seperti [ pencetak, pengimbas, kad bunyi ] dimana driver itu dibuat khusus untuk peranti – peranti tersebut…Peranti yang disambungkan kepada komputer selalunya telah dibuat khas, oleh sebab itu Windows  tidak dapat berhubung terus dengan peranti tersebut tanpa suatu program yang dapat memberitahu bagaimana peranti itu hendak berfungsi..Peranti input/output seperti tetikus, monitor, papan kekunci semuanya mempunyai “device driver” yang berasingan…Korang jgn lak gi install driver pencetak untuk pengimbas..memang tak jalan lah korang punya pencetak tu…

Device driver ini boleh dikategorikan seperti penterjemah diantara peranti dan program yang menggunakan peranti tersebut…Ia ditugaskan mengawal dan menukarkan data pemprosesan dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan peranti sokongan…Melalui teknologi Plug and Play, sistem operasi mengesan peranti baru secara automatik. Ia membantu pengguna memasang driver yang sesuai dan juga memeriksa konflik dengan peranti lain..
(more…)

Hari Yang Paling Bahagia

Monday, August 11th, 2008 588 views

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ini…..

Terlalu sibuk penghujung bulan Julai dan awal bulan Ogos bagi diri sy….Akhirnya, Alhamdullilah penghujung bulan 7, 26hb Julai 2008, sy selamat dinikahkan dengan seorang wanita yg amat dicintai dan disayangi di Masjid di Johor Jaya { tak ingat nama masjid } he33….gumbira + letih :-) ..Status sy kini sudah bertukar dari seorang bujang kepada seorang yg sudah berkahwin…Tanggungjawab pun semakin berat…Majlis bersanding berlangsung pada Hari Ahad ke esokkan harinya, Alhamdullillah semuanya berjalan lancar…Banyak gak Tol kene tau he333, dahlah kene Tol kat highway, pahtu kene lak tol nak gi kat pelamin…Paham2 jelah kahwin dgn org Johor…Siap2 kanlah diri anda kepada sesiapa yg berhasrat berkahwin dgn org Johor tu :-) .. Dapatkan e-book “Mas Kahwin Yang Hilang“, dapat gak korang Kira Bajet Tol Nanti..He333 (more…)

Blog Widget by LinkWithin
Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :