Archive for March, 2007
Tuesday, March 20th, 2007 484 views
Apa itu IPv6 ?
Ipv6 ialah singkatan bagi “Internet Protocol Version 6″. IPv6 ialah protokol internet generasi baru yang dibangunkan oleh IETF [The Internet Engineering Task force] bagi menggantikan internet protokol sekarang Ipv4 [IP version 4]. Kebanyakkan pengguna internet sekarang menggunakan IPv4 yang berusia hampir 20 tahun. Lama tu
.
Perubahan nie berlaku disebabkan kerana alamat Protokol Internet Versi keempat [IPv4] dijangka akan habis digunakan dalam tempoh beberapa tahun lagi.. Semakin hari semakin bertambah jumlah pelanggan dan laman web di seluruh dunia dan dikhuatiri IPv4 yang menampung dalam lingkungan kira-kira 4.3 billion alamat tidak dapat menampung jumlah pertumbuhan tersebut.
Aplikasi IPv6 nie masih baru dan kebanyakkan sistem operasi [OS] komputer menyokong IPv6 nie.. Kalau anda pernah menggunakan Windows Vista anda akan nampak setting untuk IPv6 pada Network Connections. Untuk Windows XP dan Windows 2000 masih dalam percubaan untuk Ipv6 . Macintosh, IPv6 boleh digunakan di MAC OS X 1.2 Jaguar. Mac OS versi 9 tidak support IPv6. Untuk kepastian anda boleh rujuk di laman web Sistem Operasi [OS].
Negara Guna IPv6 Perkukuh Teknologi
Berita Harian, 21 Mac 2007
MALAYSIA akan menggunakan Protokol Internet versi keenam (IPv6), menggantikan IPv4 yang digunakan sekarang dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), akan menerajui usaha mengguna pakai teknologi terbabit.
Pengarah Pusat IPv6 Kebangsaan (NAV6), Profesor Madya Dr Sureswaran Ramadas, berkata rangkaian IPv6 itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dari segi teknologi Internet.“Kami akan memulakan proses itu pada April. Kami sedang menunggu kelulusan akhir dan surat daripada kementerian,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Simposium Rangkaian Generasi Seterusnya: Forum IPv6 Malaysia, di Kuala Lumpur, minggu lalu.Turut hadir, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, merasmikan simposium berkenaan. (more…)
Posted in Internet | 13 Comments »
Tuesday, March 20th, 2007 313 views
Hari nie saya nak ajar buat folder tersembunyi kepada anda
Folder tersembunyi ni berguna juga kepada anda untuk sembunyikan fail-fail penting.
Langkah pertama :
Klik Kanan –> Select ‘New’ –> Folder

(more…)
Posted in Tips & Tricks | 25 Comments »
Tuesday, March 13th, 2007 311 views
Oklah, sebelum saya meneruskan penulisan saya ni, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung blog saya ni :). Ramai yang tanya kemana hilang. Memang saya dah lama tak update blog, sebab ada beberapa perkara penting yang perlu di selesaikan dahulu.
Saya ada beberapa perkara mesti di settlekan dahulu. Salah satunya, saya dipanggil interview. Jadi saya nak fokuskan dulu dengan interview saya nie.. Alhamdullilah semua keje dah settle, jadi saya boleh memblog kembali…
Disini saya ada senaraikan blog beberapa blog untuk anda menimba ilmu. Rugi rasanya kalau ada internet, anda tidak menggunakan untuk menambah ilmu pengetahuan :wink:. Sebenarnya post nie dah lama nak publish, tapi tak sempat… he33
Jom Layari Blog-Blog Nie….. (more…)
Posted in Internet | 10 Comments »
Tuesday, March 6th, 2007 546 views
Internet ialah satu rangkaian komputer yang sangat luas dan besar. Ia meliputi sekumpulan komputer atau server saling berhubung diantara satu sama lain. Internet dihubungkan melalui kabel, satelite dan sebagainya. Segala-galanya boleh didapati di internet kerana ia global. Semuanya perhubungan ini duhubungkan dengan satu protokol TCP/IP [Transfer Control Protocol/Internet Protocol].
Kegunaan Internet ni banyak :-
1. Tempat mencari maklumat
Kebanyakkan pengguna internet menggunakan internet sebagai tempat mencari maklumat. Pelbagai maklumat dapat dicapai dengan mudah dimana saja seluruh dunia. Pengguna dapat mencari maklumat menggunakan enjin carian dengan menaip kata kunci yang diinginkan.
Anda juga boleh gunakan internet untuk membaca surat khabar secara online seperti di website berita harian, utusan malaysia & harian metro. (more…)
Posted in Internet | 11 Comments »