Archive for February, 2007
Friday, February 23rd, 2007 272 views
Ada beberapa Langkah mudah tukar bateri CMOS
1. Matikan [suis off] semua plug komputer
Kalau anda masih baru dalam ilmu nie, saya nasihatkan supaya suis off , tanggalkan kabel pada power supply dan biarkan dalam masa 5 minit. [macam rancangan memasak lak].
Tujuan sebenarnya bagi memastikan tiada aliran elektrik pada komputer. Keselamatan harus dijaga.
2. Ketahui lokasi kedudukan bateri
Sebelum post nie: Pentingnya Buku Manual, saya minta anda membaca buku manual motherboard anda. Didalam buku manual anda terdapat gambarajah motherboard, cari lokasi kedudukan bateri pada motheboard anda.. Anda boleh cari terus kat motherboard anda, tapi dengan ada manual ia memudahkan lagi anda mencari.. Sekiranya anda kurang pasti atau tidak menjumpai kedudukan bateri, anda boleh telepon syarikat pengeluar motherboard anda. (more…)
Posted in Komputer, Perkakasan, Tips & Tricks | 5 Comments »
Thursday, February 22nd, 2007 280 views
Buku manual bagi saya amat penting dalam sesuatu perkara sebagai rujukan awal.. Kalau anda hendak menceburkan diri dalam bidang repair komputer anda mesti tahu tentang isi buku manual.. Selalunya buku manual disertakan sekali dengan komputer yang anda beli… Kalau tiada, anda boleh minta kat kedai tersebut… Motherboard, graphic card, semua perkakasan komputer disertakan dengan buku manual tersendiri…
Buku manual papan induk [motherboard] adalah paling penting sekali.. Motherboard terdapat banyak sangat slot2, sambungan [ power connector, ide connector, cooler fan power connector, floppy connector, sata connector ] dan banyak lagi connector yang ada atas motherboard.. (more…)
Posted in Komputer, Tips & Tricks | 2 Comments »
Wednesday, February 21st, 2007 399 views
Kekadang kalau kita tidak tahu ilmu komputer, susah jugak. Apa-apa bidang yang diceburi kalau tak tahu tentang komputer, perkakasan, perisian memang jadi masalah.. Bagi anda yang hendak menceburi bidang perniagaan internet & menjadi usahawan internet, anda perlu tahu [wajib tahu] perkara asas tentang komputer. 
Oklah, balik kepada tajuk kita… baca dialog diantara En. A & pak_aen dibawah.. siapa pak_aen?
En. A: Komputer aku CMOS Chesksum Error, apa nak buat?
pak_aen : Ko tukar je batteri baru ….
En. A: Komputer ada bateri ker ?
Untuk pengetahuan En. A dan anda, komputer mempunyai sebiji bateri. Bateri itu terletak pada papan induk [ motherboard ]. Ia sebesar duit syling 20 sen. Ia adalah satu perkakasan komputer juga.
Bateri ini merujuk kepada 2 tujuan kegunaannya…
1. Untuk membekalkan konfigurasi ingatan [ CMOS ].
2. Untuk membekalkan jam & masa pada komputer [ menunjukkan tarikh dan masa ].

Tak semestinya bila Cmos Checksum Error, batteri anda perlu tukar baru… Ada faktor lain yang menyebabkan mesej ralat CMOS Checksum Error dipaparkan, cuma untuk post nie saya nak tekankan mengenai bateri dahulu.. (more…)
Posted in Komputer, Penjagaan Komputer, Tips & Tricks | 9 Comments »
Tuesday, February 13th, 2007 403 views
Dah lama rasanya nak berkongsi tips nie bersama anda.. Tips nie boleh diguna, sebab saya pernah mencubanya. Sebelum anda hendak tukar atau beli RAM baru selepas disahkan RAM [Random Access Memory] komputer anda rosak, anda boleh gunakan tips nie.. :).. Ilmu nie, cuba jangan tak cuba
Selama saya berkecimpung dalam bidang komputer + repair komputer, perkakasan yang susah rosak bagi saya adalah RAM.. Jadi sebelum anda pergi kedai tukar RAM baru, pastikan dahulu bahawa RAM anda benar-benar rosak.. Caranya :- mudah saja….
1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM , apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul…Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna…
(more…)
Posted in Penjagaan Komputer, Perkakasan, Tips & Tricks | 6 Comments »
Monday, February 12th, 2007 929 views
Sudah 2 hari tak update blog nie, bukan apa ada masalah dengan komputer saya. Apa masalahnya? :). Saya belajar sesuatu benda yang baru..baru ker?. Boleh dikatakan baru. Baru bagi saya.
. Saya belajar Install Sistem Operasi Windows Vista. Bukan ter ikut-ikut dengan perkembangan, cuma mengupdate ilmu komputer yang ada :).
Kekadang kerja sambilan saya membaiki komputer, jadi wajiblah saya tahu mengenai cara pemasangan Windows Vista.
. Nantikan pelanggan suruh install Vista, sekurang2nya saya dah tahu cara pemasangannya
. Banyak langkah2 yang berbeza ketika proses pemasangannya, tidak seperti sistem operasi terdahulu. Saya cuba berkongsi dengan anda ilmu nie…
Saya ada cuba 2 versi pemasangan :- (more…)
Posted in Komputer, Sistem Operasi | 18 Comments »
Thursday, February 8th, 2007 176 views
Enjin carian [search engine] ialah sistem dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi..Tapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, mencari sesuatu maklumat dalam internet menggunakan enjin carian.
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa… Cara enjin carian ini berfungsi, apabila anda menaip kata kunci seperti “perniagaan” pada google, yahoo atau msn, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan.. Semua laman web, yang menggunakan kata kunci “perniagaan” akan dipaparkan.
Tidak semua enjin carian adalah sama.. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Anda jangan keliru, servis carian internet ini, terbahagi kepada 2 kategori
1. Directori [web directori]
2. Enjin pencarian (more…)
Posted in Internet | 1 Comment »
Saturday, February 3rd, 2007 210 views
Kekadang anda rasa lambat je nak keluar paparan desktop komputer anda… Ini kerana proses program load startup pada komputer anda terlampau banyak.. Anda boleh tengok icon belah kanan bawah taskbar..
Itulah menyebabkan komputer anda lambat untuk memaparkan desktop.. Anda boleh mempercepatkannya dengan membuang program2 yang tidak penting dengan menggunakan msconfig… Tips-tipsnya ialah :-
1. Klik Start, dan klik run
2. Taip perkataan msconfig, anda akan dipaparkan dengan System Configuration Utility.
3. Klik pada Startup tab
4. Pilih program yang anda tak mahu load pada startup. Tick untuk program yang hendak di load pada startup.
5. Klik Apply
6. Anda akan dipaparkan dgn msg box, klik pada restart.
7. Tengok perubahan yang berlaku. 
Posted in Komputer, Tips & Tricks | 12 Comments »
Friday, February 2nd, 2007 230 views
Tahukah anda pelancaran Sistem Operasi terkini dari Microsoft iaitu Windows Vista. Microsoft akan melancarkan 2 produknya yang terkini iaitu Windows Vista dan Office 2007 di Malaysia. Bagi pengguna awam seperti saya & anda pelancarannya pada 3 & 4 Febuari yang akan diadakan di Low Yatt Plaza , Kuala Lumpur. Sudahkah anda bersedia menukar kepada sistem operasi Vista ini?. :).Anda boleh rujuk aktiviti2 yang akan diadakan pada hari tu, Event Information
Sebenarnya banyak dah jual kat kedai Windows Vista ni, tapi paham2 lah yer…:wink: ..Sebelum anda hendak bertukar kepada sistem operasi Windows Vista ini, anda kena uji speksifikasi perkakasan atau perisian komputer anda kerana Windows Vista ini hanya menyokong perkakasan & perisian terkini.. Anda boleh cuba samada komputer anda mampu untuk sokong Windows Vista ini guna Windows Vista Upgrade Advisor
Posted in Komputer, Perisian, Sistem Operasi | No Comments »
Thursday, February 1st, 2007 231 views
Mengenal ralat internet sesuatu laman web, saja buat tajuk dalam BI.
Oklah, ada beberapa mesej ralat yang anda perlu tahu ketika melayari internet. Ia terjadi apabila anda ingin melayari sesebuah laman web. Ada beberapa ralat yang saya dapat list kan untuk anda.
1. 401 Unauthorized
Anda gagal cuba mengakses sesebuah laman web. Mungkin anda bukan seorang pelawat berdaftar bagi laman web tersebut. Kiranya anda bukan ahli berdaftar. Ia terjadi apabila kata laluan yang dimasukkan tidak betul. Jika anda ahli berdaftar, cuba sekali lagi masukkan kata laluan dan anda perlu mengambil kira kata laluan [ sensitif ] seperti huruf besar.
2. 400 Bad File Request
Ini selalunya terjadi apabila sintaksis digunakan dalam url adalah tidak betul [ eg. huruf besar anda tukar jadi huruf kecil & salah tanda baca ]. Semak alamat url, pastikan alamat url yang anda taip betul. (more…)
Posted in Internet | 2 Comments »