Archive for January, 2007

Tips Penjagaan Persekitaran Komputer

Tuesday, January 30th, 2007 1,684 views

Disini ada beberapa tips penjagaan persekitaran komputer untuk anda.Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaraan komputer anda.Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, Insya’Allah komputer anda boleh bertahan lama.

1. Debu
Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk.Jangan letak komputer anda di bahagian sentiasa mempunyai habuk seperti berhampiran dapur.Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda.Sekiranya anda membersihkan umah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda.Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer ” Bilik Komputer” :)

2. Minuman dan Makanan
Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer.Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.Tertumpah kat keyboard biasa x per lagi, kalau tertumpah kat Luxeed keyboard ni. :( (more…)

Penulis ebook Panduan Asas Membina Blog Wordpress

Sunday, January 28th, 2007 601 views

Apa kabar semua,

Semalam saya berjumpa Penulis eBook Panduan Asas Membina Blog Wordpress dalam bengkel ebiz di UKM, Bangi…Banyak juga yang dikongsi bersama Zul….Kiranya sifu sayalah :) …Saya anggap Zul sbg sifu sbb tunjuk ajar yang diberikan kepada saya ketika memasang blog Wordpress saya ni memang bagus….Boleh dikatakan full support, dah beli produk dia, dapat pulak tunjuk ajar Zul…Memang best..Tidak rugi beli ebook Zul..Selain itu juga, saya amat berminat dengan cara penulisan artikel dia…Anda boleh rujuk artikel2 Zul dalam Arkib Artikel beliau…

Bagi anda yang masih belum mempunyai Pakej kit blogger 1, Panduan Asas Membina Blog Wordpress [ZulSmartusaha], dapatkanlah versi Kemaskininya…Insya’Allah, Zul cakap minggu depan dia re-launch…Kiranyanya saya berpeluang melihat dulu versi kemaskini nie dahulu sbb saya salah seorang peserta bengkel ebiz tu :) ….Memang menarik versi kemaskini nie…Ramai gak yang tak sabar2 tunggu versi kemaskini ni :) ….Ikuti perkembangan Versi Re-launch nie di blog SmartUsaha.com @ bloggingsteps.com…..Anda boleh review ebook Panduan Asas Membina Blog Wordpress

Perisian Kaspersky AntiVirus Terbagus ?

Thursday, January 25th, 2007 3,412 views

Topik kali nie sy ingin berkongsi maklumat tentang perisian antivirus diantara yang terbagus yang pernah sy gunakan…Perisian Kaspersky Antivirus nie yang dibangunkan oleh Kaspersky Lab yang berpangkalan di Moscow & Russia…Yang menariknya tentang perisian antivirus nie, ia amat berkesan kerana dia scan komputer kita sedalam2nya….Semua virus boleh dikesan… Anda boleh lihat gambarajah dibawah….Perbandingan diantara antivirus lain..

sumber – www.kaspersky.com

Sy pernah scan virus thumbdrive kawan sy, guna perisian antivirus lain…hasilnya “No Virus Found”..Tapi bila sy buat scan sekali lagi guna Antivirus Kaspersky, nilah hasilnya. :o (more…)

Tukar theme blog WordPress

Wednesday, January 24th, 2007 610 views

Anda berada di blog yang betul, www.azumass.com “Sumber komputer & Internet “…. :) ..theme telah berubah, he333…sy terpaksa membuat perubahan theme blog ni disebabkan theme blog lama ada masalah bila menggunakan internet explorer…paparan banyak error bila kita melayari internet guna IE guna theme lama tu….Macam mana theme baru ok tak? ;)

Susah ker tukar theme?..Susah..he3333….x lah susah mana pun, cuma perlu tahu asas wordpress, insya’allah anda boleh melakukannya…Klu anda masih belum mempunyai blog sendiri macam saya, belum terlambat utk anda memilikinya…Anda boleh miliki blog yang percuma di Wordpress

Tapi klu anda rasa ingin memiliki blog sendiri macam sy, anda boleh belajar memasang blog sendiri….Tak rugi anda memiliki blog sendiri kerana anda boleh buat sesuka hati anda ketika menulis blog, tapi selagi tak melaggar garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan…klu kita menggunakan blog percuma nie, anda kena ikut peraturan yang di tetapkan oleh mereka…Mana satu yang anda mahukan? ;) ..Oklah, Klu anda mahu memasang blog sendiri menggunakan wordpress, ebook Panduan Asas Membina Blog Wordpress sesuai untuk anda…Untuk maklumat lanjut tentang ebook nie anda boleh rujuk Disini

* jgn tukar theme selalu, nanti org tak kenal blog anda ;)
* tukar bila perlu & mempunyai paparan error mcm sy ;)

Bayar Lebih, Repair Komputer Rosak

Monday, January 22nd, 2007 2,108 views

Mengapa perlu anda bayar lebih disebabkan sedikit kerosakkan yang anda sendiri boleh repair..Harga setiap kali repair komputer, tak kira besar ke kecik kerosakkan dialami kena caj RM30..Itu untuk upah baiki jer, klu ada perkakasan rosak, lain pula caj nya….Ikut harga perkakasan..Selalunya juruteknik akan ambik harga perkakasan paling rendah, dan caj yg dikena pada anda tinggi lagi dari harga asal…Contoh RAM RM100, kat anda di caj RM120…Berapa diorg untung?…Sedang kerosakkan tu, anda sendiri boleh baiki…Tanpa keluarkan duit…..

Oklah, klu anda kata “baru RM30 jer”, anda bayangkan dengan berbagai jenis virus zaman sekarang ni, berapa kali yang mungkin komputer anda rosak?…Klu 5 kali rosak, 5xRM30=RM150…klu lebih dari 5 kali setahun, anda kira sendiri berapa banyak anda rugi.. :)

Bukan semuanya anda perlu tahu tentang komputer, sekadar anda tahu perkara asas tentang komputer, masalah komputer dan cara membaiki komputer anda sendiri…Klu anda menceburi bidang perniagaan internet, anda perlu tahu juga tentang cara-cara membaiki komputer & perkakasan/perkara-perkara asas komputer…Anda boleh baca artikel dari seorang internet marketer Zul SmartUsaha tentang Pentingnya Tahu Teknikal Komputer

Insya’Allah, dalam blog ini sy akan membawa anda untuk mengenali tentang komputer, permasalahan serta cara-cara membaiki… 

Proxy Server Sekat Laman Web Di Pejabat

Friday, January 19th, 2007 731 views

Anda tidak boleh melayari laman web yang dikehendaki seperti [ myspace, friendster, surat khabar online & sebagainya ] di pejabat ?..Ini disebabkan pejabat anda menggunakan Proxy Server atau firewall…Banyak tujuan sesetengah pejabat kerajaan, bukan kerajaan, universiti atau sebagainya meggunakan Proxy Server adalah tidak membenarkan kakitangan pejabat untuk melayari internet supaya data-data atau maklumat yang tidak diingini [ virus, spam, dan sebagainya ] masuk kedalam sistem komputer…Banyak cara untuk melepasi Proxy Server, tetapi anda kena paham maksud Apa itu Proxy Server ?..

Blog ini adalah untuk pengetahuan dan pembelajaran.. :)

Papan Kekunci Berwarna dari Luxeed

Thursday, January 18th, 2007 648 views

Kebanyakkan papan kekunci yang anda lihat semuanya sama jer..Tetapi papan kekunci Luxeed ciptaan Luxiium Lighting & Technology agak berlainan dari yang lain..Perkakasan komputer nie mmg menarik…Setiap keycaps boleh di tukar dengan 512 color yang berbeza…menarik bukan….Ia seperti color pelangi…color skin bagi papan kekunci nie boleh ditukar2 mengikut kehendak anda…anda boleh mendownload skin color dari laman web mereka….

Setiap skin colour boleh di setting….Dan anda boleh juga setting skin color mengikut muzik, warna akan menari ikut muzik…wah…Syarikat Korea cipta papan kekunci ni sebagai satu cara untuk melepaskan tekanan melalui terapi warna, tetapi kita hanya memikirkan ia adalah betul-betul cantik…

mesti tak tertekan buat keje, klu tgk warna-warni kat keyboard…terhibur gak hati :)

Sumber : Luxeed Interactive Keyboard

Tips mudah bina laman web perniagaan internet, blog peribadi

Wednesday, January 17th, 2007 891 views

Tentu anda teringin membuat laman web/blog peribadi atau perniagaan internet sendiri selepas anda melihat web/blog kat internet…dan semestinya tentulah anda ingin melihat pelawat yang ramai melihat blog anda…ada beberapa tips/langkah mudah sebelum anda membangun sesebuah laman web/blog….

1. Tajuk Utama web anda
Sebagai contoh anda sebagai pelawat, apa yang anda ingin ketahui?..Apa yang mahukan dalam web/blog tersebut?…Jadi cari sesuatu topik/tajuk yang anda rasa orang ramai tgh cari sebagai tajuk utama web anda….

2. Rancang
Setelah anda dapat tajuk utama, rancang perjalanan web/blog anda..buat satu kertas kerja atau lakarkan peta imej..Macam mana nak design, warna apa nak guna, kedudukan isi kat mana…ini kerana salah satu faktor pelawat suka membaca isi kandungan web anda, kombinasi warna memainkan peranan penting..

3. Webhosting
Carilah webhosting…Ada webhosting berbayar & ada yang percuma…yang percuma seperti (www.blogger.com, www.geocities.com, www.tripod.com dan banyak lagi)..anda boleh search…Yang berbayar anda perlu bayar, kira kita punya sendiri mcm (www.azumass.com) contoh webhosting berbayar namsahaz webhosting…anda boleh rujuk di situ…More…
(more…)

LCD atau CRT…Mana Perkakasan Terbaik Anda

Sunday, January 14th, 2007 1,590 views

Mana perkakasan komputer terbaik, CRT atau LCD ?..Kedua2 monitor ni ada kebaikan dan keburukan tersendiri…
Mari kita nilai berdasarkan kriteria yang ada

1. Resolusi [Resolution], kadar penglihatan
CRT mempunyai kadar resolusi yang bagus berbanding LCD…Kadar resolution bagi CRT adalah fleksibel boleh ditukar sehingga tahap maksimum 1600 x 1200, tetapi bagi LCD ia mempunyai kadar resolution tetap, ia dipanggil kadar resolution asli..LCD boleh ditukar melebihi kadar resolution yang ditetapkan, tetapi ia akan mengeluarkan hasil gambar yang kurang bagus & gambar yang bergetar..

CRT boleh memperlihatkan warna ( bright and vibrant color display ) melebihi had maksimum tetapi LCD tidak . Dari segi ketajaman imej, LCD hanya boleh memperlihatkan ketajaman imej/gambar yg baik apabila ia menggunakan resolution yang asal/ditetapkan.

CRT anda boleh tonton dari beberapa sudut, kiri ke kanan, 70 darjah ia takkan berubah gambar walaupun anda duduk dari sudut berbeza2, tetapi bagi LCD gambar akan berubah apabila anda melihat dari sudut yg berbeza, tepi atau berjauhan dgn LCD…. Cuba, Try, Tgk :)

2. Kadar Segar Semua [Refresh Rate]
LCD tiada masalah dalam kadar segar semula dan ia bebas kerdipan (flicker-free), tetapi bagi CRT menimbulkan efek kedipan (flicker) yang mengganggu mata.. (more…)

Komponen Asas Komputer

Saturday, January 13th, 2007 7,441 views

Adakah anda kenal komponen asas komputer, selama anda menggunakan komputer?
Anda perlulah kenal akan komponen asas komputer, supaya anda tidak ketinggalan pada zaman teknologi yang semakin membangun… :)

Komponen-komponen Asas bagi komputer ada 4 bahagian

1.Input
ia ditugaskan menerima & memasukkan data atau maklumat daripada pengguna ke dalam komputer…Maklumat yang terima seperti teks, imej, bunyi atau grafik..Unit input seperti papan kekunci [keyboard], tetikus [mouse], pengimbas[scanner],mikrofon, trackball dan joystick…

2. Unit Sistem
mengawal keseluruhan operasi komputer..Ia juga menerima input data arahan yang dimasukkan oleh pengguna serta memproses data… .Apabila data siap diproses, ia kan menghantar data tersebut utk disimpan dalam unit storan…Unit sistem berada pada motherboard [papan induk]..Unit sistem seperti BIOS [Basic Input/Output System] , Slot Tambahan [Expansion Boards] , Papan Induk / Papan Litar Utama [Motherboard] , Talian Bas [Serial Bus] dan Unit Pemprosesan Pusat [CPU] ..
Unit Pemprosesan Pusat [CPU] terbahagi kepada 2 bahagian utama :
a. Unit Kawalan
b. Unit Arithmetik dan logik[ALU] (more…)

Blog Widget by LinkWithin
Apa itu RSS ?
Klik Di sini Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut ...

 Subscribe in a reader atau

Masukkan email anda untuk menerima artikel - artikel baru terus ke email anda :

 

Find entries :